Friday, March 27, 2015

Tanda-tanda Putus Haid bagi Wanita

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Jom kita baca tanda-tanda putus haid atau lebih dikenali sebagai Menopause.


Menopause adalah perkara normal yang akan dialami oleh mereka yang berusia 42-55 tahun. Gejala menopause tidak berlaku secara mendadak, malah ada yang mengambil masa sehingga sepuluh tahun lamanya. Tanda-tanda menopause sebenarnya boleh dapat dirasai semenjak usia awal 40-an.Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang menopause.

Apa itu menopause?
  • Bermaksud haid anda akan berhenti. Anda tidak boleh lagi hamil dan mendapat zuriat. Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, sedikit demi sedikit atau pun tidak tetap
Bilakah menopause berlaku?
  • Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 42 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?
  • Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. 
  • Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :
    • Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
    • Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus (SLE) , rheumatoid arthritis (RA), Hypothyroidism atau Crohn's disease
    • Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
    • Jangkitan viral
Apakah tanda-tanda menopause?

1. Gejala vasomotor
  • Panas dan kemerahan dimuka
  • Berpeluh
  • Denyutan jantung yang laju
  • Serangan kegugupan (panik)
  • Susah tidur
2. Gejala mental
  • Emosi yang berubah-ubah
  • Suasana perasaan yang berubah-ubah
  • Keletihan
  • Kurang daya ingatan
  • Mudah tersinggung
  • Kurang daya seks
3. Gejala saluran kencing/Urogenital
  • Kekeringan faraj
  • Kerap kencing
  • Kencing tidak terkawal
4. Penyakit tulang
  • Tulang menipis (osteoporosis)
  • Ketinggian badan mengurang
  • Kepatahan tulang
5. Lain-lain gejala
  • Kulit menipis ( atrophy )
  • Kehilangan anjalan kulit
  • Kulit kering
  • Rambut bertambah gugur
  • Mudah mendapat ruam
Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?

85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka (hot flush)
  • Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular ke leher serta lain lain bahagian badan
  • Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
  • Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
  • Boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.
Apakah komplikasi-komplikasi menopause?
  • Penyakit jantung
  • Osteoporosis (Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh)
  • Angin akhmar ( stroke )

Adakah rawatan untuk tanda tanda menopause?

Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:
  • Makanan berkhasiat
  • Elakan merokok
  • Selalu bersenam
  • Berfikir secara positif
  • Melakukan pemeriksaan Pap Smear
  • Melakukan pemeriksaan payudara

============================
NAK DAPATKAN SHAKLEE??

Image result for SHAKLEE

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Setiap pembelian akan disertakan dengan special ebook percuma.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391.






0 comments:

Post a Comment