Sunday, March 8, 2015

Beza ESP & Cinch untuk Kuruskan Badan

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Beza ESP (Energizing Soy Protein) & Cinch

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Semalam adrina ade sharing mengenai ESP SHAKLEE.. Arini adrina nak cerita beza antara ESP dan CINCH SHAKLEE..


Energizing Soy Protein



  • ESP adalah sumber protin soya non-GMO yang mengandungi 9 asid amino penting(histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine) yang diperlukan badan.
  • Badan kita tak hasilkan asid amino ya. Jadi kita kena ambil dari sumber luaran. 
  • Kenapa asid amino penting? Dan kenapa kena cukup 9? Untuk info, asid amino ni adalah unit asas bagi protin. Semua asid amino ni ada tugasnya masing-masing. Pembentukan sel, hemoglobin, perlindungan otot, pemulihan tisu, pembentukan kolagen dan elastin kulit, peningkatan daya tumpuan adalah antara fungsi asid amino.

BAGAIMANA ESP MEMBANTU PEMBAKARAN LEMAK?
  • Untuk kurus dan turunkan berat badan, protin memainkan peranan yang penting kerana proses pembakaran lemak memerlukan protin dan karbohidrat. 
  • Tak cukup protin, bukan lemak yang dibakar..tapi anda bakal kehilangan jisim otot yang lebih penting untuk nak dapatkan shape yang cantik. Mana nak cun kalau kurus sebab tak makan nasi tapi otot-otot menggeleber kan.
  • Selain daripada tindakan protin untuk pembakaran lemak tadi, istimewanya ESP ni ialah kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 sahaja.
  • Bila GI rendah, kita akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana pembebasan gula dalam tempoh yang perlahan. 
  • Jadi breakfast dengan ESP memang berupaya untuk buat kita lebih kenyang tanpa perlu turun cafe makan nasi lemak atau roti canai.
  • Tapi perlu diingat ESP bukan meal replacement sebab ESP tidak cukup kandungan vitamin (hanya ada sebahagian vitamin B, kalsium dan beberapa mineral lain)

Cinch Shake 
  • Cinch Shake adalah 'meal replacement' dan memang merupakan sebahagian dari program diet sihat shaklee. 
  • Maknanya bila tiba waktu makan, boleh gantikan Cinch Shake instead of makan nasi sebab setiap hidangan Cinch Shake menyumbang sebanyak kira-kira 270 kalori, 35 gram karbohidrat, 24 gram protein, 3 gram lemak dan 6 gram serat makanan larut. Dimana lengkap seperti 1 hidangan nasi dan lauk.

BAGAIMANA CINCH MEMBANTU PEMBAKARAN LEMAK?

  • Cinch diperkaya dengan LEUCINE. Apa kepentingan leucine untuk kurus? 
  • Fungsi utama leucine adalah mengekalkan otot semasa berdiet. 
  • Bila otot kekal, metabolisme kita tinggi..jadi kita boleh maintain berat badan sebab otot sentiasa bekerja untuk bakar lemak. 
  • Kalau otot hilang, nak bakar lemak dengan apa? Itu yang terjadinya kesan yoyo. Turun berat badan tapi lepas tu cepat je nak naik balik. Lepas tu kita usahalah semula nak kurus, penat la kan..stress lagi. Rugi..rugi..

BAGAIMANA LEUCINE MENGURUKAN BADAN?

  • Salah seorang penyelidik utama dalam bidang diet, Donald, Ph.D.6, dari University of Illinois, telah menerbitkan banyak kertas mengenai fungsi protin untuk kurus. 
  • Beliau telah mendapati bahawa protein yang tinggi, makanan yang kaya leucine, dalam kombinasi dengan karbohidrat yang lebih rendah (150 gram atau 600 kalori setiap hari) adalah berkesan untuk menyokong berat badan, metabolisme gula dalam darah, dan pelbagai faktor-faktor yang memberi kesan kepada kesihatan kardiovaskular.
  • Ceritanya macam ni la lebih kurang. Semasa proses nk kurus, berat badan akan berkurangan. Dalam kes ini kita juga boleh kehilangan jisim otot dan tulang. 
  • Namun dengan kehadiran Leucine, ia memberi isyarat kepada otot agar menghalang kehilangan otot semasa pengurangan berat badan. 
  • Ini bermakna jika mengamalkan diet protein yang tinggi, berat yang hilang kebanyakannya lemak, bukannya otot. 
  • Manakala mereka yang mengamalkan diet dengan karbohidrat yang tinggi pula otot yang lebih banyak hilang bukan lemak.
  • Leucine berkomunikasi secara langsung dengan insulin, mengarahkan ia untuk bekerja dengan cekap dalam otot. 
  • Kelebihan leucine bukan sahaja membantu mengekalkan jisim otot, tetapi juga membantu otot menggunakan glukosa sebagai bahan api, seterusnya menyokong fungsi insulin sihat.
  • Kena konsisten, disiplin dan lakukan pergerakan otot kerana leucine lebih berkesan bila bertindak dalam keadaan otot sedang bekerja, jadi proses pembuangan lemak akan lebih efisien. Jangan lah minum CInch Shake lepas tu gi bantai nasi 2 pinggan.
  • Dan benda yang paling asas dalam menurunkan berat badan adalah bersenam. Bersenam lah sekurang-kurangnya 3x seminggu. 
  • Takde istilah kurus tanpa senaman dan jaga pemakanan. Kurus bukan semata untuk cantik tapi apa yang penting untuk sihat sebab kegemukan boleh mengundang banyak penyakit bahaya yang boleh membawa maut.

APA BEZA ESP DAN CINCH??
  • Diringkaskan beza di antara ESP dan Cinch dalam jadual di bawah. 
  • Jadi mana yang sebetulnya diambil untuk kurus, ESP atau CINCH SHAKE? Jawapannya adalah berdasarkan kepada perbandingan kandungan dan fungsi bagi keduanya, CINCH SHAKE adalah pilihan yang lebih baik jika betul anda SERIUS nak kurus. 
  • Cuma jika anda merupakan ibu yang menyusu badan, disarankan pengambilan ESP kerana ibu menyusu memerlukan kalori lebih tinggi dari mereka yang tidak menyusu dan juga kandungan kalsium lebih tinggi dalam ESP berbanding Cinch Shake.

Ada 3 perisa bagi Cinch Shake yang boleh dipilih iaitu:
  • Vanilla
  • Cofee Latte
  • Chocolate

Jika berminat, boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk pembelian. Dapatkan konsultasi dahulu sebelum membeli ye. =)

0 comments:

Post a Comment