Sunday, March 8, 2015

Fungsi Zinc dalam tubuh badan kita

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Apakah fungsi Zinc dalam tubuh badan kita?



Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Adrina nak sharing mengenai fungsi Zinc dalam tubuh badan kita.

Apa itu Zinc?

Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk kita. Ianya diperlukan untuk membentuk enzim dan hormon penting dalam tubuh badan selain memeliharanya.

Zinc berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia dalam berperanan secara lansung untuk metabolisma seluruh sel didalam tubuh kita.

Zinc juga perlu untuk proses pembentukan genetik iaitu pada DNA dan zinc turut mengaktifkan deria rasa dan lidah kita.

Dari manakah sumber zinc boleh didapati?

Bagi individu yang mengamalkan diet yang seimbang, zinc yang diperlukan setiap hari adalah 4-14 mg sehari. Zinc boleh didapati daripada pengambilan makanan-makanan berikut:


  • Daging
  • Telur
  • Makanan laut seperti kerang dan ikan
  • Susu dan produk tenusu seperti keju
  • Organ dalaman seperti hati
  • Bijirin seperti gandum
  • Ragi
  • Roti
  • Kekacang
Apakah kesan yang dialami jika anda kekurangan Zinc?

Walaupun anda mengambil zinc dalam kuantiti yang dicadangkan, namun hanya sekita 10-40% sahaja yang dapat di serap kedalam tubuh.

Ini kerana jumlah zinc yang diserap bergantung kepada sumber asalnya disebabkan adanya serat yang mengikat zinc di bahagian ussu sehingga tidak dapat diserap

Ini akan menyebabkan masalah kekurangan zinc.

Jika anda mengalami kekurangan zinc, antara yang boleh terjadi adalah:

  • Pertumbuhan badan yang lambat
  • Tidak mempunyai selera untuk makan
  • Penyembuhan luka yan lambat
  • Kelesuan dan keletihan melampau
  • Tidak mampu merasa dengan baik (lidah)
  • Tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan samar dan gelap
  • Turunnya kadar kesuburan bagi lelaki
  • Keguguran rambut
  • Terganggunya proses pembentukan sperma
  • Terganggunya fungsi organ testikular lelaki
Apakah kebaikan mengambil Zinc Complex Shaklee?



Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi daripada Zinc Complex Shaklee kerana kepelbagaian fungsi yang dimilikinya, antaranya:

  • Jerawat - Zinc penting dalam mengawal jumlah testeron dalam badan yang memainkan peranan yang sgt penting dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga berupaya menstabilkan jumlah minyak di dalam kulit seterusnya memberikan kulit yang sihat da segar.
  • Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan membantu proses penyembuhan luka akibat pembedahan
  • Kanser prostat - Zinc membantu mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  • Memperbaiki radang kulit - Zinc membantu dalam memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  • Kemampuan seks lelaki - Zinc yang mencukupi adalah sangat penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  • Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc bertindak membantu proses pengucupan uterus terutamanya bagi wanita yang baru melahirkan.
  • Meningkatkan sistem imun - Zinc merupakan perantara kepada enzim yang antaranya membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang sel kanser. Zinc juga membantu dalam menghalang berlakunya infeksi.
  • Diabetis - Zinc membantu proses pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  • Membentuk kolagen - Zinc penting dalam pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Kelesuan kronik
  • Mengekalkan deria bau
  • Rabun malam
  • Gugur rambut / botak 
Siapakah yang perlu mengambil Zinc Complex Shaklee?

Zinc Complex Shaklee sangat diperlukan oleh:
  • Mereka yang inginkan pertumbuhan pesat. Zinc Shaklee sesuai diambil kanak-kanak berusia 13 tahun dan keatas bagi membantu pertumbuhan tubuh mereka
  • Wanita yang menyusukan
  • Mereka yang menjalani pembedahan. Zinc dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat
  • Wanita yang baru melahirkan. Zinc dapat membantu proses pengecutan rahim disamping memberikan bantuan dalam menyegerakan proses penyembuhan luka dikawasan kelahiran samada kelahiran secara normal atau pembedahan.
  • Lelaki dengan masalah kesuburan. Zic bertindak melindungi sperma, meningkatkan bilangan sperma dan menjaga ciri-ciri fizikal sperma supaya tidak menjadi abnormal.
  • Lelaki dengan masalah hormon testerone. Zinc sgt penting dalam proses pembentukan hormon testerone dan memberi tenaga supaya sperma lebih aktif bergerak menuju ke ovum. Untuk kesan lebih hebat, dapatkan set kesuburan Shaklee
  • Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Zinc mengaktifkan 20 jenis enzim yang dapat membantu regenerasi sel dan memelihara pertumbuhan rambut
  • Vegetarian. Mereka yang tidak mendapat sumber zinc dari daging boleh mendapatkan dari kekacanfg dan bijirin namun kerapklai jumlah zinc yang diperlukan tidak dapat dipenuhi. Zinc Complex Shaklee boleh membantu memberikan zinc yang diperlukan utk tubuh mereka.
  • Mereka yang minum alkohol. Alkohol mengurangkan jumlah zinc dalam bdan dan menghalang fungsi penyerapan zinc.

NOTA PENTING: Zinc Complex Shaklee mengandungi Alfafa (Medicago Sativa). mereka yang menghidap penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus) perlu mendapatkan konsultasi dan khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Jika berminat, boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk pembelian. Dapatkan konsultasi dahulu sebelum membeli ye. =)

0 comments:

Post a Comment