Thursday, March 26, 2015

Apa itu Fibroadenoma atau breast lump??

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Adrina pun baru baca mengenai Fibroadenoma. Jom kita baca lagi apa itu sebenarnya Fibroadenoma.


PENGENALAN

Apakah Fibroadenoma?

Fibroadenoma adalah ketulan licin yang abnormal pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous). Ketulan tersebut kenyal dan terasa boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dirujuk sebagai 'tetikus payu dara'.


Fibroadenoma adalah tumor yang tidak merbahaya dan paling biasa di kalangan wanita di bawah umur 30 tahun.

Ketulan fibroadenoma biasanya ditemui hanya satu ketulan, walau bagaimanapun 10 - 15% wanita boleh mempunyai beberapa ketulan dan boleh melibatkan kedua-dua payu dara.

Punca Fibroadenoma?

Punca sebenar fibroadenoma tidak diketahui.


Fibroadenoma boleh dipengaruhi oleh hormon estrogen, kerana fibroadenoma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pre-menopausal atau hamil, atau wanita yang menopaus atau yang mengambil terapi hormon gantian (HRT).

Ketulan fibroadenoma boleh ada dan hilang semasa kitaran haid, apabila tahap hormon anda berubah.

Bilakah Fibroadenoma muncul?

Fibroadenoma biasanya ditemui di kalangan wanita muda yang berumur 15 hingga 30 tahun dan wanita hamil.


Fibroadenoma berlaku pada 10 peratus daripada semua wanita, tetapi 20 peratus daripada wanita Afrika-Amerika.

Fibroadenoma jarang ditemui di kalangan wanita menopaus, melainkan jika wanita tersebut mengambil terapi estrogen.

Kira-kira 10 peratus daripada semua fibroadenoma akan hilang dari masa ke semasa dan 20 peratus daripada mereka akan berulang.

Jika ketulan fibroadenoma tidak hilang, ketulan tersebut biasanya berhenti membesar apabila saiz ketulan sampai dua atau tiga sentimeter.

GEJALA DAN TANDA

Adakah anda boleh rasa ketulan fibroadenoma?

Semasa melakukan pemeriksaan sendiri payu dara (PSP), anda akan mungkin terasa ketulan fibroadenoma di payu dara. 


Ketulan fibroadenoma terasa kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak. Ketulan fibroadenoma tidak melekat pada tisu di sekeliling dan boleh bergerak apabila di periksa dengan jari.


Ketulan fibroadenoam mungkin terasa sakit, terutama sebelum waktu kedatangan haid, dan ketulan fibroadenaoma boleh membengkak akibat daripada perubahan hormon.

Apakah saiz ketulan fibroadenoma?

Saiz ketulan fibroadenoma adalah antara 1-5 sentimeter. Ketulan fibroadenoma gergasi boleh membesar sehingga menjadi saiz sebiji buah limau kecil, iaitu kira-kira 15 cm.

Pemeriksaan dan ujian:

Selepas pemeriksaan fizikal yang dilakukan dengan teliti, satu atau kedua-dua ujian berikut biasanya dilakukan untuk mendapat maklumat lanjut:
  • ultrasound payu dara
  • Mamogram untuk wanita yang mempunyai risiko kanser payu dara


Biopsi ketulan fibroadenoma diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat. Biopsi aspirasi menggunakan jarum halus (‘fine needle aspiration biopsy’) yang sering dilakukan.

Lain-lain jenis biopsi payu dara yang boleh dilakukan adalah:
  • ‘Core needle biopsy’
  • biopsi payu dara – Stereotactic
  • biopsi payu dara - ultrasound (core needle)
  • biopsi payu dara – terbuka
Nota: Wanita di usia remaja atau awal 20-an mungkin tidak perlu biopsi jika ketulan fibroadenoma hilang dengan sendiri. (Boleh berlaku jika garis pusat ketulan adalah kurang daripada 1 sentimetre diameter)

Komplikasi

Jika ketulan fibroadenoma dibiarkan tanpa pembedahan dan diperiksa secara berkala, ia mungkin perlu dikeluarkan di kemudian hari jika saiz ketulan semakin membesar atau tidak hilang.
Fibroadenoma jarang bertukar menjadi kanser.



RAWATAN

Rawatan atau Pembedahan Fibroadenoma:

Ketulan fibroadenoma adalah tidak merbahaya (benign), rawatan akan berbeza bergantung kepada diagnosa.

Jika saiz ketulan adalah kecil, tidak menyakitkan, kekal saiz yang sama, dan biopsi menunjukkan tiada masalah, anda tidak memerlukan rawatan lanjut, tetapi mungkin mempunyai rawatan susulan bagi pemeriksaan ultrasound (biasanya saiz ketulan kurang daripada 1cm).

Walau bagaimanapun, jika ketulan adalah besar (melebihi 2 cm), menyakitkan, semakin membesar, atau keputusan biopsi menunjukan sel-sel atipikal (sangat aktif), anda boleh merawatnya dengan membuang ketulan fibroadenoma melalui pembedahan atau dengan menjalani pembedahan lumpektomi.


Jika anda layak, ketulan fibroadenoma boleh dikeluarkan dengan mammotome (tidak terdapat di Malaysia). 


Prosedur ini meninggalkan parut kecil, dan cepat sembuh. Walau bagaimanapun prosedur ini berisiko pembuangan ketulan fibroadenoama yang tidak sempurna.

PENCEGAHAN

Mengapa perlu memeriksa payu dara anda?

Pemeriksaan sendiri payu dara yang kerap (PSP) membantu anda untuk membiasakan diri merasa tisu payu dara yang normal.

Anda akan mengesan sebarang ketulan pada payu dara di peringkat awal lagi.

Walaupun hanya 1 dalam 10 ketulan payu dara adalah kanser, 1 dalam 15 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payu dara dalam jangka hayat mereka.

Kebanyakan kanser payu dara dijumpai (sebagai ketulan) oleh seorang wanita, bukan oleh doktor.

Pengesanan awal ketulan, jika ia adalah kanser payu dara maka ini mungkin bermakna peluang yang lebih baik untuk sembuh. Ketulan yang lebih kecil mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh.

Bila PSP perlu dilakukan?

Pemeriksaan payu dara perlu dilakukan sebulan sekali iaitu beberapa hari selepas haid (hari ke 10 hingga 15 kiraan dari hari pertama haid). Bagi wanita yang menopaus lakukan pemeriksaan PSP pada tarikh yang sama setiap bulan.


Apakah yang perlu anda lakukan jika anda mendapati ketulan atau penebalan?

Jika anda merasa ketulan semasa PSP, kulit yang abnormal atau lelehan (discaj) dari puting, pastikan anda berjumpa doktor anda secepat mungkin.

Jangan merasa takut atau gusar. Kebanyakan perubahan (ketulan) bukan kanser.


PEMULIHAN / PROGNOSIS

Apakah pemeriksaan klinikal payu dara?

Pemeriksaan payu klinikal dara dilakukan secara rutin oleh anggota kesihatan terlatih iaitu melakukan pemeriksaan klinikal pada payu dara anda untuk mencari ketulan abnormal. Pemeriksaan ini boleh dilakukan di klinik berdekatan.

Bila PKP perlu dilakukan?

Wanita yang berumur 20 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan klinikal payu dara mengikut kekerapan berikut:-
Kumpulan umur 20 tahun hingga 39 tahun – setiap tiga tahun
Kumpulan umur 40 tahun dan ke atas – setiap tahun
Wanita berisiko tinggi (tanpa mengira umur) setiap tahun

Apakah prognosis ?


Prognosis adalah sangat baik, walaupun pesakit yang mempunyai fibroadenoma mempunyai risiko yang lebih tinggi sedikit untuk mendapat kanser payu dara di kemudian hari. Ketulan fibroadenoma yang tidak dikeluarkan/buang perlu diperiksa secara berkala melalui peperiksaan fizikal dan ujian pengimejan, mengikut saranan doktor.

RUJUKAN

1) John Murtagh’s Patient Education, Fifth edition

2) Iglehart JK, Smith BL. Diseases of the breast. In: Townsend CM Jr, Beauchamp RD, Evers BM, Mattox KL, eds. Sabiston Textbook of Surgery. 18th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 34.

Last Reviewed:12 September 2012
Writer:Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary
Translator:Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary
Accreditor:Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid


=============================================


Nak order Shaklee?? Adrina pos kan untuk anda! Setiap pembelian akan diberikan special ebook untuk anda.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Boleh whatsapp:

Adrina 019-9673391.

0 comments:

Post a Comment