Monday, March 23, 2015

Tips Cegah Bayi Dari Demam Kuning @ Jaundis

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Adrina takde rezeki anak lagi tapi just nak sharing TIPS CEGAH DEMAM KUNING @ JAUNDIS yang adrina baca di sini.



Bayi Kuning (Jaundice)?

Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi keliihatan kuning.

Kuantiti bilirubin yang sedikit didalam darah senang diproses dan dikumuhkan melalui hati, tetapi sekiranya ia terlalu banyak, ia akan sukar diproses dengan efektif dan jaundis akan berlaku.

Punca-punca Jaundis:
  • Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
  • Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
  • Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
  • Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
  • Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
  • Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
  • "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.

Komplikasi Jaundis:

Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-set otak. Sekiranya jaundis tidak di rawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus)

Sekiranya anak anda telah menerima rawatan fototerapi pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk mempastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.

Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan. Bayi yang mempunyai paras bilirubin yang terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Rawatan Jaundis:

Sekiranya bayi anda kelihatan kuning, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai samada rawatan susulan di perlukan.

Rawatan yang biasa di lakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukarkan bilirubin tak berkonjugat kepada lstruktur yang lebih senang dikumuhkan dan disingkirkan melalui najis. dimana ia senang di kumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis. Bayi akan didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan di tutup dengan penutup mata khas. Rawatan ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat.

Rawatan penukaran darah akan di lakukan apaabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tlnggi iaitu melebihi 340 micromol/L, walaupun telah diberi rawatan.


CARA PALING MUDAH!

Susukan anak anda dengan susu ibu setiap 2 jam di waktu siang mahupun malam!


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ANDA TAMBAH SUSU?


Dapatkan Set Penyusuan Shaklee anda di sini.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Setiap pembelian akan disertakan dengan special ebook percuma.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391.


0 comments:

Post a Comment