Sunday, December 7, 2014

Petua Hilangkan Ketuat

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Petua Hilangkan Ketuat


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.  Entry kali ni adrina nk sharing PETUA HILANGAN KETUAT.

Ketuat boleh tumbuh kat mana-mana bahagian tubuh lebih-lebih di bahagian jari, tangan dan kaki. Ada juga yang dapat ketuat kat bahagian muka terutamanya kanak-kanak.


Mungkin ada yang bertanya adakah ketuat berbahaya. Jawapannya tidak. Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala. 

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.


Sesetengah orang tak kisah pun ada ketuat sebab dia tak rasa sakit dan lazimnya setelah beberapa lama (biasanya antara 6 bulan ke 2 tahun) ketuat tu dengan sendirinya akan gugur atau hilang.

Tapi mungkin juga ada yang tak selesa bila tumbuh ketuat, terutamanya kalau ketuat tu tumbuh bahagian kaki (kes pakai kasut ketat). Nak jadi sempoi lagi kena ketuat kat tapak kaki… waduhh… alamatnya mengaduh ler tiap kali melangkah… terpaksa berjalan ala-ala wanita Jepun pakai kimono gitu.. ahaks…

Ada pelbagai cara membuang ketuat, termasuk penggunaan krim khas, cyrosurgeri dan rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia tumbuh kembali.

Walaupun cara membuang ketuat dengan memotong atau menghirisnya dengan pisau tidak digalakkan tapi ramai yang melakukannya sebab nak dapat hasil yang pantas. Tapi hampei semua yang buat cara tu akan mendapati darah keluar dengan banyak.

Bila dah jadi macam tu baru kelam kabut pergi jumpa doktor. Satu hal lagi, ketuat tu akan tumbuh kembali kalau tak dipotong akarnya. Dan darah yang keluar tu juga mengandungi virus yang boleh mengakibatkan ketuat tu tumbuh kat bahagian lain pula.. 

Petua Buang Ketuat


1) Petua Ketuat 1
Tenyeh atau gosok tempat yang ada ketuat tu dengan pasir yang terendam dalam air. Contohnya pasir sungai atau pasir kat kawasan pantai. Apa pun pastikan pasir tu adalah pasir yang basah sebab terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, ketuat tu akan hilang.

2) Petua Ketuat 2
Sebelum tidur, cuci ketuat tu dengan kerosene atau minyak tanah selama 5 minit. Lepas tu letak pula kapur sirih kat kawasan ketuat tersebut.

Amalkan selama tiga malam berturut-turut. InsyaAllah, ketuat yang ada kat tempat tu akan gugur dan tak tumbuh-tumbuh lagi dah.

3) Petua Ketuat 3
Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.

4) Petua Ketuat 4
Lumurkan kapur sirih, lebih tebal lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu. Biarkan sehingga kering. Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan tanggal dengan sendiri.

Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut. Dan petua nie lebih sesuai untuk tanggalkan ketuat yang tumbuh kat bahagian leher dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

5) Petua Ketuat 5
Bancuh serbuk inai dan sapu kat bahagian yang ada ketuat tu. Biarkan ia kering. Lakukan setiap hari sehingga ketuat tu betul-betul kering, dan akhirnya ia akan mengecut dan hilang setelah beberapa minggu.

6) Petua Ketuat 6
Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang satay ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang.

7) Petua Ketuat 7
Kalau ada kes ketuat yang tak berapa kritikal kat kaki, boleh cuba petua nie seminggu sekali.

M.O.nya hancurkan enam biji pil aspirin (beli kat farmasi) dan campurkan dengan sedikit air dan air limau untuk jadikannya cecair yang likat.

Sapukan cecair tu pada tempat yang kena ketuat.

Kendian masukkan kaki dalam beg plastik dan balut dengan tuala yang direndam dalam air suam. Maknanya sebelum balut, rendam dulu tuala tu.

Duduk dan angkat kaki tu (jangan biar ia mencecah lantai) selama 10-15 minit.

Lepas tu baru dibuka tuala dan beg plastik yang membaluti kaki tadi. Ambil kain yang agak kasar permukaannya dan gunakan untuk sental tempat yang ada ketuat tu. Kalau petua nie dibuat dengan betul, lazimnya ketuat tu terasa lebih lembut dan mudah tanggal.

Akhir sekali barulah dicuci kaki tu dengan air bersih. Kalau tak menjadi juga cara nie.. hmm.. nampaknya kena gi jumpa doktor pakar kulit ler…

8) Petua Ketuat 8
Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.

9) Petua Ketuat 9
Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

10) Petua Ketuat 10
Ambil sedikit kapur sirih, serbuk belerang (sulfur) dan air limau nipis. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sebati sehingga menjadi krim.

Hiris sedikit bahagian ketuat tu dengan pisau lipat atau pemotong kuku. Hiris sedikit saja supaya ketuat tu tidak tebal sangat. Kendian sapukan ‘krim; tadi. Lakukan selama beberapa hari dan ketuat tu akan luruh dengan sendirinya.

11) Petua Ketuat 11
Ambil daun mempelam dan bakar sampai ia menjadi kehitaman. Lepas tu tumbuk lumat-lumat sehingga ia menjadi serbuk. Sapukan serbuk tu pada bahagian yang ditumbuhi ketuat.

12) Petua Ketuat 12
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur dengan sendiri.

Selamat mencuba!

Petua Sakit Pinggang

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Petua Sakit Pinggang


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Entry kali ni adrina nak sharing PETUA SAKIT PINGGANG.  Info ni adrina ada baca di sini. Just want to sharing =)


Petua Merawat Sakit Pinggang
1) Dengan halia
Ambil 3 batang halia dan satu genggam asam jawa. Cuci halia, parut dan campurkan dengan asam jawa hingga sebati. Sapukan ramuan pada pinggang yang sakit.

2) Dengan daun kecubung
Ambil 10 helai daun kecubung yang ditumbuk bersama kapur sirih sehingga hancur. Kemudian tampalkan ramuan tu pada bahagian pinggang yang sakit. Lakukan 2-3 kali sehari sehingga pinggang tidak lagi terasa sakit.

3) Dengan daun nona
Cari 20 helai daun nona. Rebuskan daun tersebut dengan 5 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal 3 gelas sahaja. Untuk sembuhkan sakit pinggang, minum air rebusan tu sekali sehari sebanyak setengah gelas setiap kali minum.

Selamat mencuba! =)

Kebaikan Vivix Shaklee Untuk Pesakit Stroke

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Kebaikan Vivix Shaklee Untuk Pesakit Stroke

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Entry kali ni adrina nak sharing KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE UNTUK PESAKIT STROKE 


Stroke ni menyerang dalam diam, senyap-senyap atau juga di panggil 'silent killer'. Sama hebat seperti serangan jantung. Ramai juga kawan-kawan Mama yang ibu dan ayah mereka di serang strok, malah ada yang sampai meragut nyawa! Memang menakutkan.

Tengoklah statistik yang mengerikan ini! Peningkatan drastik dalam masa satu tahun!

Sebab apa agaknya??

Ya, sebab cara hidup kita, cara pemakanan kita dan cara berfikir kita sebab kita rasa kita tak mungkin akan kena strok. Kebanyakan orang yang terkena serangan strok pun berfikir begitu pada awalnya.

Tapi...jangan risau. Serangan strok sebenarnya BOLEH DICEGAH! Malah jika anda atau ada ahli keluarga anda yang pernah terkena strok, ia juga BOLEH DIUBATI!

Bagaimana nak cegah strok?


1. Banyakkanlah bersenam dan menukar gaya hidup. Kalau sebelum ni malas, cuba rajin-rajinkan diri bersenam secara tetap setiap minggu. Paling tidak 15 minit, tiga kali seminggu.

2. Ubahlah tabiat makan. Kurangkan makanan berkalori tinggi, berminyak, berkolesterol dan berlemak berlebihan. Ini kedengaran klise. Tapi kita memang takkan sedar bilakah masanya lemak, minyak, dan kolesterol itu melekat dalam salur darah, membentuk plak, mengeras lalu menghalang perjalanan darah beroksigen sampai ke otak dan jantung!

3. Kurangkan makanan manis, berkarbohidrat tinggi yang boleh menyebabkan diabetes. Kurangkan garam dalam masakan.

4. Lebihkan pengambilan air kosong (6-8 gelas sehari), banyakkan makan sayur, buah dan makanan berserat.

5. Ambil ubat ikut waktu yang ditetapkan

6. Jalani fisioterapi (bagi pesakit strok)

7. Ambil makanan tambahan yang sesuai.

Bagaimana Shaklee membantu pesakit Strok??



Kebaikan Vivix Shaklee Untuk Pesakit Strok

Pasti ramai yang dah tahu bahawa Vivix Shaklee dapat membantu mencegah serangan stroke malah juga membantu dalam pemulihan pesakit stroke dengan PANTAS!


1. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang typo rosak, mati, abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.

2. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot oleh itu menggalakkan sel menjadi sihat semula.

3. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (iaitu penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.

4. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (iaitu kandungan dalam anggur muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.

5. Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular/ jantung.

6. Ramuan Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.

7. Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.

8. Ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah, platlet, dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

9. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam pengekalan berat badan ideal.

10. Pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit stroke.






Tak perlu ragu lagi dengan khasiat dan kebaikan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee telah melalui ujian klinikal yang ketat setelah penyelidikan bertahun-tahun oleh pakar dan saintis Shaklee.

Dan lagi BEST, Vivix hanya EKSKLUSIF untuk Shaklee!

Vivix ni sangat sedap. Sebotol ada kat rumah adrina. sangat best...pekat sedap. hehe

Cuma sesudu teh sahaja sehari, sebotol boleh sampai hingga sebulan setengah atau dua bulan.

Harga Vivix sebotol cuma RM475. 

ATAU, jadi ahli dan beli dengan harga ahli

ATAU hubungi adrina untuk harga terbaik! =)

=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION 
✿ FREE SPECIAL e-Book 

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿

Tips Kurangkan Risiko Jatuh Sakit

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
4 Tips Kurangkan Risiko Jatuh Sakit

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.  Entry kali ni adrina nak share Tips Kurangkan Risiko Jatuh Sakit. Bila kita sakit, semua akan jadi tak kena..nak buat apa semua tak jadi kan...kalau dah demam, selsema, batuk..ha memang package terus. dan terus package malas nak buat semua kerja. hehe


4 Tips untuk Kurangkan Risiko Jatuh Sakit

1) Makan dengan betul
Jangan makan berlebihan kerana boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Pilih makanan yang mempunyai nutrien-nutrien penting seperti:
  • Vitamin C (cth: Buah-buahan sitrus & brokoli), 
  • Vitamin E (cth: kekacang & bijirin), 
  • Zink (cth: ketam & daging lembu), 
  • Bioflavanoid (cth: buah-buahan & sayur-sayuran), 
  • Caratomax Karotena (cth: lobak & keladi).
2) Bersenam Selalu
Senaman yang kerap dan konsisten seperti berjalan kaki & berjogging adalah antara cara hidup yang sihat. Senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.

3) Dapatkan Tidur Yang Secukupnya
Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan badan. Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur sehari. Untuk memastikan anda mendapt tidur yang berkualiti, elakkan daripada minuman berkafeina seperti kopi.

4) Menguruskan Tekanan
Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. Oleh itu, luangkanlah masa untuk melepaskan tekanan beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari. 

Bagi anda yang mengamalkan vitamin atau supplement, dinasihatkan teruskan pengambilan secara konsisten. Gaya hidup yang sihat serta pemgambilan supplement adalah satu gabungan yang mantap untuk badan sentiasa sihat bertenaga. 

Supplement Shaklee adalah pilihan terbaik kerana ianya semulajadi dan sangat berkesan. 

4 Supplement Shaklee untuk tingkatkan imunisasi

1. Nutriferon
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan telah dilakukan ke atas Nutriferon. Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon®selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee. 

2.Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

3. Zinc Complex
Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan. Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

4. Garlic 
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


PERHATIAN: 
Bulan ni ada PROMOSI VITAMIN E & VITAMIN C SHAKLEE!! Boleh dapatkan dengan adrina ye. Harga menarik menanti anda...boleh watsap adrina..setiap pembelian akan dapat e-book ye..memang jimat beli pax promosi ni...=)



=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION 
✿ FREE SPECIAL e-Book 

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

BERMINAT UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI?



***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿

Bagaimana Meningkatkan Selera Makan Anak Anda??

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
BAGAIMANA MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK


Ramai ibu-ibu yang susah hati bila anak kurus, selera makan kurang, malah hanya minum susu formula walaupun dah berusia 2 atau 3 tahun.

Sebenarnya, bayi dilahirkan dengan lebih daripada 75% daripada berat badan bayi daripada air. Apabila usia meningkat, peratus kandungan air akan berkurangan sehingga 50% berat badan orang dewasa. Ini menunjukkan pengambilan air dalam bentuk susu atau cecair lain sangat penting bagi memastikan berat badan bayi berada dalam julat yang normal.

Peratus air yang hilang akibat keaktifan bayi perlu diganti secara berterusan dengan pengambilan air dalam kuantiti mencukupi.

Bayi dan anak-anak sepatutnya mendapat zat protein yang mencukupi untuk memastikan tumbesaran anak-anak normal. Makanan mengandungi asid lemak tak tepu seperti omega-3 sangat penting untuk pembinaan tenaga anak yang aktif.

Dibawah ni beberapa tips dan petua bagaimana meningkatkan selera makan anak dan mengatasi anak yang cerewet makan

1. Ibu dan ayah jangan cerewet!! sebab ikut kajian, 27% kanak-kanak yang cerewet, 22% daripadanya mempunyai ibu bapa yang juga cerewet.

2. Berikan snek berkhasiat pada waktu pagi dan petang selain waktu makan utama seperti buah buahan, kekacang dan Meal Shakes.


3. Lupakan peraturan di meja makan dan jangan terlalu tegas seperti 'jangan bersepah di meja makan' atau ' jangan bercakap semasa makan'.

4. Elakkan anak minum air sebelum waktu makan kerana ini akan mengurangkan selera mereka.

5. Fikirkan alternatif contohnya jika anak tidak sukakan ayam, gantikan dengan ikan kerana dua-duanya mengandungi protein.

6. Hentikan memaksa anak memakan sesuatu yang dia tidak suka.

7. Kalau dia suka makan sendiri, biarkan dia, kalau dia suka disuap, suapkan saja.. (anak saya kalau mama suap berpinggan pinggan dia makan)

8. Kreatiflah! Jika anak tak sukakan makanan sebab rasanya, campur dengan makanan yang dia suka. Jika dia tak sukakan rupanya, olah rupa supaya nampak menarik dan disukai.

9. Jangan paksa anak makan banyak sebab saiz perutnya kecil.

10. Libatkan anak-anak yang cerewet dengan aktiviti dapur supaya mereka memilih sendiri apa yang mereka suka makan.

11. Perkenalkan makanan baru 10 kali bukan sekali dua. Normal bagi seorang kanak-kanak menolak makanan yang baru diperkenalkan kepada mereka.

12. Perhati dan nikmati sahaja perkembangan pemakanan anak-anak asalkan anak tidak terlalu cerewet dan memilih hingga mendatangkan bahaya. Tabiat pemakanan akan berkembang, si manja akan menyukai makanan yang dia tidak biasa, dan menolak makanan yang dia sudah jemu. Macam kita juga ada masa dan ketika kita menggemari sesuatu dan pada masa yang lain kita tidak menyukainya..

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang terlalu memilih, apa kata berikan anak makanan berkhasiat seperti Meal Shakes Shaklee kerana telah ramai ibu dan anak yg mendapat kebaikannya!







=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION 
✿ FREE SPECIAL e-Book 

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿