Sunday, March 22, 2015

Review Dapat Insentif RM500 Perkahwinan Belia Selangor

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.  Kali ni nak sharing review sikit pasal  Insentif  Perkahwinan Belia Selangor.



PENYALURAN INSENTIF:

1. ISLAM : Disalurkan melalui akaun Tabung Haji

2. BUKAN ISLAM : Disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional. 

SYARAT MEMPEROLEH INSENTIF:

1. Terbuka kepada semua kaum

2. Tiada sebarang had pendapatan.

3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)

4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.

5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.

6. Perkahwinan kali pertama sahaja.

7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.

8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013. 

9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam)

DOKUMEN DIPERLUKAN 

Borang permohonan mestilah disertakan dengan:

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.

2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU

3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.

4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. 

DI MANA MEMOHON 

1. Sila hubungi Pusat Khidmat DUN berhampiran ATAU

Seksyen Sektoral
Unit Perancang Ekonomi Negeri, 
Tingkat 5, Bangunan SSAAS, 
40503, Shah Alam
Tel : 03-5544 7920/7921

REVIEW ADRINA:

Adrina kawin bulan 9 tahun lepas 2014..Mohon hujung bulan 9..kalau korang nak senang terus muat turun borang online dekat sini...Nak senang boleh terus hantar ke bangunan SSAAS sendiri, bagi dekat kaunter..

Dan pastikan dah ada Tabung Haji akaun ye..sebab duit tu nanti di masukkan ke Tabung Haji bagi orang islam.

Pada 16 March 2015, baru dapat sms mengatakan duit dah masuk dalam tabung haji..Lebih kurang 5 bulan jugak proses untuk dapatkan duit insentif ni...(lambat)..maybe sebab kumpul dulu banyak permohonan baru proses kot..tapi alhamdulilah jugak dapat walaupun lambat. hihi


So, orang Selangor sila lahh apply cecepat selepas kawin ye...lepas 3bulan tarikh nikah dah tak leh apply..hoho

All the best! =)

=============================================

Nak order Shaklee?? Adrina pos kan untuk anda! Setiap pembelian akan diberikan special ebook untuk anda.Boleh whatsapp 
Adrina 019-9673391.



1 comment:

  1. nak tanya, kalau pemohon tu suami, nak dokumen suami sahaja la ye? isteri tak payah or nak dua-dua?

    ReplyDelete