Wednesday, November 5, 2014

Resepi ROJAK KEK COKLAT KUKUS

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: 
Giler ROJAK KEK COKLAT KUKUS ni!!

Assalamualaikum dan hai. memalam ni hujan2 adrina nak share resepi KEK COKLAT KUKUS yang tersangatlaa rojak nak membuatnyee!! Sb apa adrina cakap rojak?? sebabnyeee:

tak yah sesibuk cari mesin kek. smua blend je!! Tq kat cik sepupu sb share resepi ni. sangat laa berguna. hihi


BAHAN-BAHAN:

1) Tepung gandum 2 cawan
2) Serbuk koko 1 cawan
3) Susu 1 cawan
4) Gula 1 cawan
5) Telur 3 biji
6) Bikarbonat sesudu kecik
7) Air suam 1 cawan
8) Minyak 1 cawan

CARA-CARA:
  • Susu, gula, telur, bikarbonat, air suam, dan minyak blend dulu.
  • Tepung gandum dan serbuk koko masukkan dalam bekas.
  • Bahan dah blend masuk dalam bekas tepung gandum dan serbuk koko tadi.
  • Kacau-kacau dan dah sebati, kukus. siap!




Boleh makan!! yeahhh =)


Reactions:

0 comments:

Post a Comment