Monday, November 3, 2014

Puding Karemal Resipi Senang

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:  
Resepi Puding Karemal



Meh nak share resepi PUDING KAREMAL senang! tapi first time aku buat tak jadi. gula hangus. ok hangus. citt! sb aku nk cepat cair gulaa laa ni hangus. api besar. huhu

ok ni resepinyee...

BAHAN-BAHAN

1) Telur 5 biji
2) Susu Cair 1 cawan
3) Susu Pekat 1 cawan
4) Esen Vanilla 1 sudu kecik
5) Gula 1 cawan

CARA-CARA

1) Telur, susu cair, susu pekat, esen vanilla gaul sekali dalam mangkuk.  (Jangan sampai telur berbuih ok)

2) Gula satu cawan goreng dalam kuali. api kecik jee eh..kalau besar akan hangus. dan akan pahit kalau hangus.huhu 

3) Kalau dah betul cair gula tu, terus masukkan dalam loyang. ratakan dalam loyang. 
(gula bila tutup api akan cepat keras. so kena cepat2 yee masuk loyang)

4) Terus masukkan bahan gaul td dalam loyang tu. 

5) Kukus 30-45 minit. 

6) Biarkan sejuk. dah sejuk masukkan dalam peti ais. lepas dah sejuk dr peti ais, terus terbalikkan puding tadi.

SIAP!! senang kan! huhu



Reactions:

0 comments:

Post a Comment