Monday, November 3, 2014

Cara Claim Yuran MYBRAIN (MyMaster) UiTM

PENGEDAR SAH SHAKLEE PUCHONG: 
Tuntut Yuran Yang Dah Kita Bayar Dari KPT

Alhamdulilah....dah last sem baru dapat MyMaster. dari sem 1 apply asyik fail jee...ni dah application ke 3! huhu

MyBrain akan cover yuran sahaja. lain la kalau kita amek PHD, dia akan cover yang lain jugak..bestkan PHD? huhu aku tak terdaya laa nak smbung PHD!! master pon ase dah tak larat! kihkih

Disebabkan aku dah bayar yuran pengajian baru dapat taw yang MyMaster aku lulus, kena laa tuntut duit aku dah bayar tu dari KPT!! Igat eh, hanya dalam TEMPOH PEMBIAYAAN sahaja boleh claimmm yurannn...so sem 1,2 dan 3 aku guna DUIT SENDIRI. sem 4 ni baru boleh claim sb dalam tempoh pembiayaan! (cit... rugi!)

Ade aku tanya kengkawan, yang kena buat surat bagi kat IPSIS UiTM...tapi bila aku pi anta perjanjian kat KPT Putrajaya, dia saran kan aku anta sendiri borang claim yuran terus ke KPT. Sebab kalau bagi kat pengurusan universiti akan lambat masuk duit claim okies. takyah buat surat bagai ok.

Caranya macam ni:  eh ni untuk student master uitm je taw! sbnyaa aku call KPT dia cakap hanya UITM sahaja dia buat BORANG TUNTUTAN YURAN MYMASTER ni. So macam nie eh caranya.

1) Print SURAT TAWARAN MYMASTER (buat 2copies)



2) Print BIL YURAN yang telah dibayar di STUDENT PORTAL UiTM (make sure dia tulis TELAH DIBAYAR)


3) Bawak slip KWSP yang disahkan buat pengeluaran pendidikan


4) Bawak PENYATA BANK yang bagitaw NO AKAUN BANK korang

5) Pergi PEJABAT BENDAHARI IPSIS tingkat 3 mintak BORANG TUNTUTAN MYBRAIN


5) Isi borang tu. Pergi PEJABAT BENDAHARI ZON 16 UiTM Shah Alam untuk amek tandatangan PEGAWAI A... make sure bawak semua yang dah print td...nanti pegawai tu amek surat tawaran mybrain. Cakap yang kita nak hantar sendiri ke KPT.

So, nanti dia bagi kita BORANG TUTUTAN YURAN, PENYATA BANK, BIL YURAN, KWSP SLIP tu...so nanti korang attach jela SURAT TAWARAN MYBRAIN yang second copies td!

6) Pgi KPT Putrajaya Presint 5. dekat dengan PULLMAN HOTEL. pergi kaunter dan submit. siap. nanti dia bank in.

**Kalau korang anta kat BENDAHARI UiTM, rasa dah nak last sem baru dapat duit claim. anta sendiri dalam 2 minggu dah dapat.

**Good luck ya!


2 comments: