Thursday, December 4, 2014

Tip Penerbangan Dengan Bayi

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:

Tip Penerbangan Dengan Bayi


Cuti Sekolah ini pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman dan tak kurang juga yang mengambil kesempatan pergi bercuti. Bagi yang mempunyai anak kecil terutama masih bayi tentu bukan hal yang mudah terutama sekiranya memilih perjalanan menggunakan kapal terbang.

Membawa bayi dalam perjalanan udara memang bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Banyak perkara yang harus diperhatikan sebelum membawa si kecil berjalan jauh. Semuanya untuk memastikan perjalanan bersama bayi lebih selesa. Anda boleh menjadikan beberapa tip berikut sebagai panduan. 
Pilih waktu yang tepat 

Seeloknya pilih waktu penerbangan yang sama dengan waktu tidur bayi anda agar si kecil akan tidur sepanjang perjalanan.

Pilihan tempat duduk 

Ketika membeli tiket penerbangan, maklumkan kepada syarikat penerbangan tersebut yang anda membawa bayi bersama. Pilih tempat duduk di bahagian depan dan menyediakan tempat untuk bayi anda.

Persiapan rapi 

Untuk mengelakkan ada barang tertinggal, sebaiknya buat senarai barang keperluan bayi yang hendak dibawa. Jangan lupa jangkakan kemungkinan buruk yang mungkin berlaku seperti penundaan masa penerbangan. Jadi bawalah persediaan tambahan daripada yang diperlukan. Untuk memudahkan pergerakan anda, gunalah penggendong bayi kerana ia lebih menjimatkan masa dan ruang.

Minta bantuan 

Sekiranya dalam penerbangan anda menghadapi masalah, jangan segan untuk meminta bantuan daripada pramugari. Jika bayi menangis, jangan panik. Pujuk anak anda dengan cara menyusukan dan memeluknya.

Selamat mencuba! =)
Reactions:

0 comments:

Post a Comment