Friday, December 5, 2014

Sengugut BAHAYA!

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
BILA KENA SENGGUGUT (SAKIT PUAN)

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Entry kali ni adrina nak sharing mengenai SENGUGUT.


SAKIT ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. 

Untuk anak remaja keadaan ini digelar 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baligh, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. 

Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar 'Prostaglandin'. 

Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.

Ramai di kalangan wanita yang risau sama ada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. 

Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. 

Mereka ini mungkin menghidap penyakit 'endometriosis'. Ini menyebabkan sakit seperti senggugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sakit senggugut yang biasa.

Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain-lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon 'Norethisterone'.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment