Saturday, December 6, 2014

Apa itu Keputihan Wanita??

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
APA ITU KEPUTIHAN WANITA?


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.  Anda ada masalah keputihan?? jom adrina nak sharing info dari Harian Metron kisah masalah keputihan.

Soalan:
SUDAH lima bulan saya berkahwin dan terus mengalami masalah keputihan. Adakah masalah keputihan ini boleh menyebabkan saya sukar untuk hamil?

Saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan wanita sukar hamil walaupun sudah berkahwin selama dua tahun disebabkan masalah keputihan. Bagaimana cara untuk saya merawat masalah ini?

ZAI
Kuala Lumpur

Jawapan:

MASALAH keputihan sukar untuk dikhususkan kepada satu punca saja. Selepas haid bersih, wanita sendiri mengalami pengeluaran lendir jernih sekitar waktu subur yang kemudian bertukar kepada lendir putih pekat setelah waktu subur tamat.

Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar yang terdapat di permukaan terowong serviks (pintu rahim).

Lelehan selain daripada di atas pula boleh berupa lelehan jangkitan kuman. Ia lazimnya bertumpu di dalam faraj saja dan kadangkala boleh membabitkan permukaan kulit bibir kemaluan ataupun sebaliknya boleh 'naik' ke atas membabitkan ruang rahim sehingga memasuki ruang pelvis melalui tiub fallopio.

Ia boleh berwarna keputihan, kekuningan, kehijauan ataupun jernih berbuih-buih dan mengeluarkan bau serta menyebabkan kegatalan. Untuk makluman, faraj sendiri tidak mengeluarkan sebarang lelehan atau cecair kerana ia tidak mempunyai kelenjar, kecuali di bahagian berhampiran pintu faraj di mana terdapatnya kelenjar Bartholin yang mengeluarkan cecair sewaktu rangsangan seksual.

Untuk menjawab persoalan anda, hanya lelehan yang mengakibatkan jangkitan dalaman pelvis iaitu yang boleh merosakkan struktur dalaman rahim serta tiub fallopio (dan ovari) saja lazimnya yang ada kaitan dengan kesuburan.

Keputihan pula lazimnya disebabkan oleh jangkitan kulat saja dan ia lazimnya bertumpu di dalam faraj saja. Eloklah anda menjalani pemeriksaan kesuburan kerana terdapat banyak punca gangguan kesuburan dan kebanyakannya boleh dirawat.

(Sumber Harian Metro)
Reactions:

0 comments:

Post a Comment