Thursday, December 4, 2014

5 Angka Sebulan Dengan Blog

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Adrina tertarik satu entry dari blog majalah niaga. Adrina nak share kat entry kali ni.best wohhh baca..semangat nak buat blog hari-hari..hehe



5 Angka Sebulan Dengan Blog – 10 Tip Daripada Pengasas Oh Media

Baru-baru ini, kami diberikan peluang untuk menemubual seorang usahawan muda yang berusia 23 tahun. Beliau cukup popular dengan identitinya yang tersembunyi dalam dunia blogging.


Malah sehingga kini, individu yang dikenali sebagai Khai Hassan atau Justkhai sedang bekerja keras membina empayar perniagaan bercirikan media baru yang diberi nama Oh Media.

5 Angka Sebulan Dengan Blog!!

Antara blog-blog di bawah jenama Oh Media adalah:

Selain daripada itu, Oh Media turut membangunkan stesen radio online tempatan yang diberi nama Oh Media FM.


Jenama ini merupakan satu fenomena dalam industri blogging tempatan di mana Facebook Pages Oh Media tersenarai sebagai Facebook Pages yang pantas berkembang, selaras dengan jenama-jenama besar yang lain seperti Air Asia, Upin dan Ipin.

Sehingga tarikh kami menerbitkan artikel ini, jumlah pengguna Facebook yang berada dalamkomuniti Oh Media adalah seramai 400,000 orang.

Namun begitu, apakah rahsia kejayaan usahawan muda ini? Tidak ramai yang berpeluang untuk memperoleh ilmu berdasarkan pengalaman beliau dalam membina perniagaan berasaskan blogging secara spesifik.

Justeru itu, kami akan menyenaraikan  tip yang dikongsikan beliau dalam temuramah eksklusif bersama Majalah Niaga. Temuramah versi penuh hanya boleh dimiliki apabila tuan dan cikpuan mendaftarkan diri dalam Seminar Blogging yang akan berlangsung pada 24 Disember 2011 ini.

Terdapat 4 elemen yang berkait rapat dengan 10 tip yang dikongsikan oleh pemilik Oh! Media ini iaitu:

Pendirian diri.

Pemasaran blog.

Buat duit dan membina perniagaan blogging.

Tip kejayaan dan hidup mewah dengan blog.

Elemen  1: Pendirian Diri

Bagaimana Khai membuat keputusan untuk memilih platfom blogging sebagai satu kerjaya, sedangkan ketika itu peluang untuk hidup sepenuh masa dengan blog menerusi pasaran tempatan adalah berisiko tinggi?


Dalam elemen pertama ini, terdapat 4 perkongsian beliau yang dapat memberikan inspirasi kepada kita untuk memulakan langkah pertama sebagai blogger.

1 – Mahu Hidup Bebas dan Menjadi Bos Untuk Diri Sendiri

Perasaan untuk mengawal aliran kewangan dan punca pendapatan secara total membuatkan beliau membuat keputusan untuk menjadikan blogging sebagai satu kerjaya.

Ini juga yang menyebabkan beliau berminat untuk menjelajahi dunia blogging tempatan, meskipun ia tidak menjanjikan sebarang kemewahan ketika itu.

2 – Blogging Sebagai Karier, Bukan Sekadar Hobi

Ramai orang yang mempunyai hobi dalam kehidupan mereka. Tetapi hobi semata-mata tidak dapat memberikan pulangan yang lumayan. Justeru itu, Khai bertukar gaya fikir tentang blogging dengan menganggap ia sebagai satu karier atau kerjaya.


Dengan ini, beliau memegang tanggungjawab bagi memastikan blog-blog kendaliannya mempunyai strategi untuk menjana pendapatan secara berterusan.

3 – Ada Strategi dan Perancangan

“A plan is a list of actions arranged in whatever sequence is thought likely to achieve an objective.” – John Argenti, author and founder of the Strategic Planning Society

Melakukan sesuatu secara tergopoh-gopoh dan membabi buta akan menyebabkan kita tersesat di pertengahan jalan. Manusia yang berjaya adalah manusia yang mempunyai strategi dan perancangan dalam kehidupannya.

Begitu juga pemilik jenama Oh Media ini. Beliau merancang perjalanan blognya sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan. Ini bagi memastikan syarikatnya dapat meminimakan risiko sebaik mungkin.

4 – Buat Sesuatu Untuk Dapatkan Sesuatu

Apabila ditanya mengenai rahsia produktiviti Khai, beliau menjawab, “Saya melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.”

Kenyataan ini jelas menunjukkan, apabila kita sudah jelas dengan hasil yang bakal kita peroleh, maka estim dan keyakinan diri akan meningkat untuk terus bertindak sehingga ia tercapai.

Elemen  2: Rahsia Pemasaran Blog Oh Media

Kunci utama untuk membangunkan blog yang mempunyai nilai aset sehingga puluhan ribu, adalah jumlah komuniti yang mempercayai pada jenama blog kita. Menurut Khai, berikut adalah cara yang beliau lakukan sehingga hari ini untuk meningkatkan jumlah pelawat, dan memperoleh kepercayaan daripada mereka.

5 – ‘Tidak’ Pada SEO, ‘Ya’ Pada Killer Content

Mengoptimasikan artikel untuk menarik perhatian penyedia servis enjin carian tidak dapat menjamin kejayaan blog. Ini kerana manusia yang akan membaca dan menilai kualiti setiap artikel dalam blog kita.


Justeru itu, Khai tidak menumpukan 100% terhadap SEO (Search Engine Optimization / Optimasi Enjin Carian). Tetapi beliau menumpukan artikel yang berkenaan dengan isu semasa, isu terkini, menarik perhatian, dan mempunyai manfaat kepada para pembaca.

6 – Facebook Pages

Kekuatan Oh Media juga bergantung pada kekerapan mereka meluangkan masa untuk berinteraksi dengan komuniti. Kewujudan Facebook Pages yang mempunyai lebih 400,000 pengikut setia ini menyebabkan blog-blog kendalian beliau sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

7 – Mengkaji Keperluan Pembaca

Untuk menghasilkan artikel yang berkualiti dan sentiasa viral, Khai menyatakan kajian terhadap keperluan pembaca adalah kunci utama. Dengan mengetahui maklumat yang pembaca perlukan, kita dapat mengumpulkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber.

Secara tidak langsung, pembaca akan rasa teruja dan gembira kerana kita berjaya memikat hati mereka dengan artikel yang mereka inginkan.

Elemen  3:  – Cara Buat Duit Dengan Blog

Antara motivasi pemilik Oh Media memilih medium blog sebagai kerjaya adalah potensi untuk menjana pendapatan. Sehingga kini, beliau menyatakan blog-blog kendaliannya sudah mencapai keuntungan sebanyak 5 angka setiap bulan.


Antara medium buat duit yang digunakan sehingga hari ini adalah:

8 – Pengiklanan

Pengiklanan ini tidak terhad kepada advertising network seperti Innity, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya. Di mana kita sendiri boleh bertindak untuk menawarkan harga iklan yang sesuai kepada syarikat yang berminat.

Teknik ini diajar secara langkah demi langkah, menerusi Seminar Blogging anjuran Tim Majalah Niaga.

9 – Servis

Katanya, “Gunakan kemahiran diri yang kita ada untuk buat duit lumayan.” Khai menggunakan kemahiran beliau dalam dunia blogging untuk menawarkan servis. Salah satu daripadanya adalah servis pemasangan dan konsultansi blog.

Servis ini sahaja akan memberikan jumlah keuntungan sehingga 3 hingga 5 angka untuk setiap satu klien.

Elemen 4: Tip Berjaya dan Hidup Mewah Dengan Blogging

Berdasarkan perkongsian pemilik jenama Oh Media mengenai rahsia kejayaan beliau dalam dunia blogging, kami dapat simpulkan kepada:


10 – Formula 3K

Formula ini yang beliau gunakan berkali-kali untuk memperoleh kejayaan dalam setiap blog yang dikendalikan. Maksud 3K ini adalah:

Kerja keras – Buat duit lumayan dengan blog mengambil masa yang lama. Ramai yang mengaku kalah sebelum bekerja keras.

Konsisten – Sentiasa bertindak setiap hari untuk meningkatkan jumlah pelawat, penerbitan artikel dan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kejayaan blog.

Keluar daripada zon selesa – Kebanyakan blogger bermula daripada rumah. Ia adalah zon selesa yang membuatkan kita liat untuk melakukan formula pertama iaitu kerja keras. Cari jalan penyelesaian untuk keluar daripada zon selesa setiap hari.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment