Thursday, December 4, 2014

15 Tips Untuk Menarik Perhatian Wanita Semasa Bercakap






Ramai lelaki tidak tahu bagaimana untuk bercakap dengan wanita. so harini adrina nak share entry dri blog kesihatan yang berkongsi 15 tips menarik untuk lelaki lelaki diluar sana yang ingin memikat wanita idaman anda.

Berikut adalah 15 tips untuk membantu anda semua. Selamat mencuba!

1. Bercakaplah tentang "emosi" topik-topik seperti kenangan zaman kanak-kanak, cita-cita masa depan, atau mengenai semangat anda menempuhi masa depan anda. Topik-topik perbualan ini akan membuka emosi beliau.

2. Wanita mahu seorang lelaki yang tidak takut untuk memulakan sesuatu perbualan atau topic. Ketika bercakap kepada seorang wanita jangan tunggu untuk dia menentukan apa topic perbualan anda jadilan kreatif dan cuba bualkan topic yang menarik perhatian beliau.

3. Beri perhatian kepada isyarat bukan lisan seorang wanita . Beri perhatian kepada cara beliau senyum, Adakah beliau mengikat tangan,memeluk tubuh beliau? atau asyik melihat jam tangan beliau? Ini menunjukkan beliau kurang selesa dan berasa bosan. Wanita akan sentiasa menghantar petunjuk secara bukan lisan. Beri perhatian kepada mereka!!!

4. Wanita tertarik dengan lelaki yang membolehkan mereka berasa senang dan kasual. Jangan memberi tumpuan kepada lawak dan jenaka lucu. Tumpukan pada cara untuk menceriakan dan memberi keseronokan kepada beliau.

5. Mengusik wanita. Salah satu cara paling mudah untuk mengambil perbualan ke tahap yang menyeronokkan adalah untuk mula mengusik wanita. Mengusik beliau dengan ejekan yang tidak sensitif dan kasual. Jangan sampai beliau terasa diperli dan makan hati!

6. Intimkan hubungan dengan dia. Wanita akan intim dengan lelaki yang tidak takut untuk mengambil perbualan ke tahap yang lebih peribadi, intim. Pastikan beliau berasa selesa dengan perbualan intim anda jika beliau mula berasa kurang selesa dan menunjukan petunjuk bukan lisan yang negatif, BERHENTI!! (suami isteri sahaja)

7. Perbualan Sejuk. Wanita suka mendengar pendapat tentang diri mereka. Beritahu dia apa yang anda lihat tentang dia. Sebaik-baiknya beritahu yang positif. Janga mempersendakan beliau jika beliau meminta pendapat anda biasanya mengenai style rambut barunya atau baju barunya.

8. Elakkan memuji seorang wanita yang terlalu banyak. Jika anda memuji seorang wanita terlalu banyak dia akan berfikir anda sedang cuba untuk menarik perhatian beliau dan ini akan memyebabkan beliau berfikir anda seorang yang 'desperate' ini akan memberi kesan yang negatif.

9.Jangan temuduga wanita anda. Jika anda ingin bercakap dengan wanita elakkan meminta terlalu banyak soalan dengan gaya "temuduga" . Sebaliknya tanya pendapat mereka akan sesuatu pekara ini.

10. Konvesasi penyataan bukan soalan. Daripada menanyakan "Di mana kamu membesar?" Katakanlah "Anda nampak macam bukan berasal dari sini, mana kampung anda?" Ini membolehkan anda untuk membuat pemerhatian tentang dirinya dan mewujudkan ruang untuk konversasi baru.

11. Jangan menyembunyikan identiti anda. Jangan takut untuk bercakap tentang apa sahaja yang anda minati dan suka.

12. Jangan sekali-kali memuji mata, badan atau penampilan beliau semasa memulakan perbualan dengan wanita yang anda baru berjumpa atau yang menunjukkan petunjuk bukan lisan yang negatif.

13. Katakanlah sesuatu yang membolehkan dia tahu bahawa anda meminati beliau lebih daripada seorang kawan dan berminat manjalin hubungan dengannya. Jika tidak, anda menghadapi risiko berada dalam "zon kawan".

14. Gunakan perbualan "permainan" untuk mengekalkan mood yang menyeronokkan. Permainan seperti "truth or dare", teka-teki atau apa-saja permainan kurang melampau.Ini juga untuk mengelakkan perbualan anda menjadi bosan!

15. Jangan jadi murah!. Wanita suka lelaki yang jual mahal dan susah untuk dipikat. Jika anda ingin menjaga kepentingan wanita dan dia berasa anda senang untuk terlalu mudah untuk dipikat... dia akan hilang minat.

selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment