Sunday, December 7, 2014

Bagaimana Meningkatkan Selera Makan Anak Anda??

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
BAGAIMANA MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK


Ramai ibu-ibu yang susah hati bila anak kurus, selera makan kurang, malah hanya minum susu formula walaupun dah berusia 2 atau 3 tahun.

Sebenarnya, bayi dilahirkan dengan lebih daripada 75% daripada berat badan bayi daripada air. Apabila usia meningkat, peratus kandungan air akan berkurangan sehingga 50% berat badan orang dewasa. Ini menunjukkan pengambilan air dalam bentuk susu atau cecair lain sangat penting bagi memastikan berat badan bayi berada dalam julat yang normal.

Peratus air yang hilang akibat keaktifan bayi perlu diganti secara berterusan dengan pengambilan air dalam kuantiti mencukupi.

Bayi dan anak-anak sepatutnya mendapat zat protein yang mencukupi untuk memastikan tumbesaran anak-anak normal. Makanan mengandungi asid lemak tak tepu seperti omega-3 sangat penting untuk pembinaan tenaga anak yang aktif.

Dibawah ni beberapa tips dan petua bagaimana meningkatkan selera makan anak dan mengatasi anak yang cerewet makan

1. Ibu dan ayah jangan cerewet!! sebab ikut kajian, 27% kanak-kanak yang cerewet, 22% daripadanya mempunyai ibu bapa yang juga cerewet.

2. Berikan snek berkhasiat pada waktu pagi dan petang selain waktu makan utama seperti buah buahan, kekacang dan Meal Shakes.


3. Lupakan peraturan di meja makan dan jangan terlalu tegas seperti 'jangan bersepah di meja makan' atau ' jangan bercakap semasa makan'.

4. Elakkan anak minum air sebelum waktu makan kerana ini akan mengurangkan selera mereka.

5. Fikirkan alternatif contohnya jika anak tidak sukakan ayam, gantikan dengan ikan kerana dua-duanya mengandungi protein.

6. Hentikan memaksa anak memakan sesuatu yang dia tidak suka.

7. Kalau dia suka makan sendiri, biarkan dia, kalau dia suka disuap, suapkan saja.. (anak saya kalau mama suap berpinggan pinggan dia makan)

8. Kreatiflah! Jika anak tak sukakan makanan sebab rasanya, campur dengan makanan yang dia suka. Jika dia tak sukakan rupanya, olah rupa supaya nampak menarik dan disukai.

9. Jangan paksa anak makan banyak sebab saiz perutnya kecil.

10. Libatkan anak-anak yang cerewet dengan aktiviti dapur supaya mereka memilih sendiri apa yang mereka suka makan.

11. Perkenalkan makanan baru 10 kali bukan sekali dua. Normal bagi seorang kanak-kanak menolak makanan yang baru diperkenalkan kepada mereka.

12. Perhati dan nikmati sahaja perkembangan pemakanan anak-anak asalkan anak tidak terlalu cerewet dan memilih hingga mendatangkan bahaya. Tabiat pemakanan akan berkembang, si manja akan menyukai makanan yang dia tidak biasa, dan menolak makanan yang dia sudah jemu. Macam kita juga ada masa dan ketika kita menggemari sesuatu dan pada masa yang lain kita tidak menyukainya..

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang terlalu memilih, apa kata berikan anak makanan berkhasiat seperti Meal Shakes Shaklee kerana telah ramai ibu dan anak yg mendapat kebaikannya!







=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION 
✿ FREE SPECIAL e-Book 

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿
Reactions:

0 comments:

Post a Comment