Thursday, December 4, 2014

Tip Agar Disayangi Suami

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: 
Bagi Suami Sayang Lebih!

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Jom bagi suami sayang lebih lagi dekat kitaaaa....hehe


Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.

Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga. 
Sentiasa pastikan diri berhias sepanjang masa bersama suami 

Seorang isteri hendaknya berhias untuk suaminya kerana setiap kali isteri berhias untuk suami ia akan lebih membuatkan suami rasa cinta kepadanya. Bahkan salah satu cirri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi.

Pandai bergurau senda dengan suami 

Suami pasti bahagia apabila mempunyai isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda dan sering tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.

Sentiasa mendahulukan suami, menghormati pandangannya 

Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteri. Dalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan.

Minta izin 

Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa.

Bersikap sederhana 

Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu dan ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.

Memanjakan suami 

Suami amat suka dimanjai oleh orang yang dia cintai. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.

Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan 

Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.

Hormat hak peribadi suami 

Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan ssebagainya.

Jangan sesekali membanding-bandingkan suami anda dengan lelaki lain 

Lelaki paling rasa tercabar sekiranya isteri gemar membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ye!

Sentiasa menjaga maruah suami 

Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.

Menyokong suami 

Tidak kira di waktu susah atau senangnya. Memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.

Mencintai suami sepenuh hati

Semua isteri mestilah sayang suami kan. Tapi kena sepenuh hati ye.jangan was-was! Hehe

Selamat mencuba! =)
Reactions:

0 comments:

Post a Comment