Thursday, December 4, 2014

Kaedah Banyakkan Susu Ibu

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Kaedah Banyakkan Susu Ibu


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.adrina nk share kaedah tradisional nak banyakkan susu badan ibu..jom baca entry kali ni...

Seringkali ada ibu menyusu yang mengadu kenapa susunya semakin berkurangan. Selain mempelajari teknik betul penyusuan susu ibu, ibu perlu peka terhadap pemakanan yang diamalkan sepanjang proses menyusukan anak.

Ada pelbagai petua dan amalan pemakanan sihat yang boleh ibu praktiskan bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Jom ketahui apa makanan yang boleh membanyakan penghasilan susu ibu.

Daun sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Nasi panas, halia muda dan air asam

Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Longan kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan tiga cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

Lobak merah

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minum sebanyak dua kali sehari.

Bunga melur dan daun pucuk manis

Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Susu

Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak tiga hingga empat hidangan sehari.

Kacang tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid amino juga tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Halba dan jintan hitam

Cuci halba atau jintan hitam bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan satu sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Daun betik muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut dua hingga tiga kali sehari.

Selamat mencuba =)

Bagaimana SHAKLEE membantu banyakkan susu anda??



KHASIAT ESP & ALFALFA






=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION 
✿ FREE SPECIAL e-Book 

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿


0 comments:

Post a Comment