Wednesday, December 3, 2014

Petua Tradisional Rawat Ruam



Risaunya kalau si comel dijangkiti ruam. Sudah puas sapu ubat krim yang diberi doktor tetapi ruam di kawasan punggung bayi tetap merah. Akibatnya si manja asyik merengek sebab tidak selesa dan kesakitan. Apa kata kali ini mama cuba beberapa petua tradisional. Mana tahu ia berkesan kepada bayi anda.

1) Buah manjakani

Tumbuk beberapa biji buah manjakani sehingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat ruam. Lakukan setiap malam.
2) Daun buluh

Ambil sengenggam daun buluh dan tumbuk sehingga lumat. Bancuh dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan pada bahagian yang terdapat ruam.
3) Tepung ubi

Ambil sesudu besar tepung ubi kayu dan bancuh dengan air sejuk, kemudian sapukan ke bahagian badan anak yang ada ruam.
4) Limau purut

Ambil buah limau purut yang telah masak dan dibelah dua. Bakar sehingga kehitaman kulitnya. Biarkan sehingga sejuk kemudian sapukan isi limau pada bahagian yang dijangkiti ruam.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment