Thursday, December 4, 2014

Keburukan Kasut Bertumit Tinggi

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: 
Keburukan Kasut Bertumit Tinggi


Kasut bertumit tinggi sentiasa dianggap sebagai cinta wanita. Kasut tumit tinggi boleh meningkatkan penampilan seksi dan menjadikan mereka lebih langsing. Akan tetapi kasut bertumit tinggi boleh membawa pelbagai keburukan dari segi kesihatan.

1. Kasut bertumit tinggi membawa kemudaratan kepada struktur tapak kaki. 

Terdapat tiga bahagian tapak kaki yang menyokong berat badan kita apabila berjalan. Dua di bahagian depan tapak kaki dan satu di belakang tapak kaki. Sentiasa memakai kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan sakit kaki. Apabila kita memakai kasut bertumit tinggi, semua berat badan kita akan tertumpu ke hadapan kaki kita dan kemudian menyebabkan hanya dua bahagian tapak kaki untuk menyokong berat badan kita. Dan apabila tumit menjadi lebih tinggi dan lebih tinggi, ia akan menyebabkan hanya satu bahagian yang menyokong semua berat badan yang boleh menyebabkan berlaku artritis lutut jika kita memakai kasut bertumit tinggi untuk jangka masa yang terlalu lama.

2.Memakai kasut bertumit tinggi juga boleh menyebabkan kita mudah cedera.

mendapat kecederaan di buku lali, hammer-toe atau bunions jika tidak memakai kasut yang selesa dan sesuai, dan jika kasut tersebut tidak menyokong buku lali pemakai ia boleh mengakibatkan pemakai senang terpiuh dan terseliuh.

3.Kasut tumit tinggi boleh mendatangkan kemudaratan pada tulang belakang. 

Apabila kita memakai kasut bertumit tinggi, ia membuatkan kita untuk lebih ke posisi hadapan, ini akan posisi normal tulang belakang terganggu dan mengakibatkan sakit belakang dan juga masalah saraf tunjang boleh tertekan dan menyebabkan, rasa kesemutan dan kebas.

4.Satu kelemahan kasut bertumit tinggi ialah ia tidak boleh digunakan di atas tanah lembut, basah ataupun pada permukaan licin. 

memakai kasut tumit tinggi dan berjalan atas tanah yang lembut hanya akan meyebabkan anda sukar mengimbang badan. Berjalan atas lantai yang licin seperti marmar atau bilik mandi berjubin akan menjadi sukar dan boleh menyebabkan pemakai tergelincir jatuh. Ini akan meletakkan anda dalam satu situasi bahaya apabila hujan atau jika anda perlu berjalan di luar untuk ke teksi, di mana laluan berjalan licin.

5.Satu lagi kelemahan kasut bertumit tinggi adalah tidak tahan lasak berbanding kasut rata 

Ini kerana tumit tersebut boleh patah jika pemakai berjalan dengan cepat atau turun tangga. Ini adalah kerana bahawa berat tertumpu pada tumit dan bukannya te     rsebar pada keseluruh tapak kasut tidak seperti kasut bertumit rata.

Disini saya juga ingin berkongsi tips untuk mengurangkan kesakitan dan risiko apabila memakai kasut tumit tinggi,

1. Beli kasut yang sesuai! 

Bunyi seperti mudah tetapi tidak, tetapi kebanyakan wanita memakai kasut sekurang-kurangnya separuh saiz mereka. Mengukur kaki anda setiap kali anda membeli kasut dalah penting, Pertambahan berat badan boleh membuat saiz kasut anda manjadi lebih besar. Tetapi ingatlah bahawa nombor ini hanya cadangan sahaja, jenama yang berbeza mempunyai saiz yang berbeza.

2.Pakai stoking yang nipis.

Ini akan membantu mengelakkan kaki anda daripada menggosok terhadap kulit atau pada bahan kasut.

3.Jangan melangkah kaki atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah pada masa yang sama. 

Berjalanlah dengan cara yang sama seperti kasut rata, dengan setiap langkah anda mengambil, letakkan tumit anda di atas pertama, dan kemudian diikuti bahagian jari kaki anda

4.Sentiasa simpan kasut rata tambahan 

untuk mengelakan anda mengunakan kasut tumit tinggi semasa hujan atau menaiki kenderaan.

Selamat mencuba =)
Reactions:

0 comments:

Post a Comment