Wednesday, December 3, 2014

Kesan Penggunaan Pencuci Wanita




Soalan:

Di pasaran ada banyak cecair pencuci alat kelamin wanita. Setiap satu menceritakan kebaikannya. Saya pun ada menggunakannya untuk menjaga kesihatan bahagian tersebut. Tetapi, ada sahabat saya memberitahu bahawa menggunakan cecair pencuci dengan kerap dan berterusan boleh menyebabkan faraj menjadi kering iaitu hilang kelembapan semula jadi. Adakah hal ini benar dan bolehkah masalah kekeringan faraj dirawat?

Jawapan:

Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai pencuci anggota kelamin wanita yang bukan sahaja membersihkan vulva (bahagian luar anggota kelamin perempuan yang terdiri daripada bibir besar, bibir kecil, klitoris dan vestibule iaitu bahagian antara bibir kecil), malah meninggalkan bauan yang merangsang selain meninggalkan kelembapan untuk kelembutan kulit.

Selain itu terdapat juga pencuci anggota kelamin wanita yang mengandungi bahan kosmetik yang boleh mengeringkan kulit atau menanggalkan pelembap semula jadi sehingga menyebabkan anggota kelamin kering dan tegang. Apabila hal ini berlaku, wanita tersebut akan menggaru dan meninggalkan keradangan kulit. Jika ketara, kulit akan kelihatan hitam atau kurang cerah.

Selain memberi kesan negatif terhadap kulit, sesetengah bahan pencuci vulva mengandungi fungsi pembunuh kuman yang mudah menyerap ke dalam faraj dan membunuh kuman semula jadi faraj. Apabila perkara ini berlaku, faraj akan hilang pelindung dan terdedah kepada kuman dan kulat yang berdekatan.

Kuman dan kulat itu boleh membiak dalam faraj. Sekiranya berlaku, mukosa faraj akan mengalami keradangan dan mengeluarkan lebih banyak cecair. Jika jangkitan ketara, cecair yang keluar akan berubah warna dan bau.

Pencuci anggota sulit wanita bukan untuk mencuci faraj. Ia hanya untuk membersihkan vilva. Daripada menggunakan pencuci, sabun mandi biasa atau sabun mandi bayi cukup untuk mencuci vulva kerana ia lembut dan mengandungi pelembap.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment