Saturday, December 6, 2014

Resepi Rainbow Cake aka Kek Pelangi

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Resepi Rainbow Cake aka Kek Pelangi


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Entry kali ni adrina nak share Resepi Rainbow cake. 

Bahan-bahan :
300gm mentega
500gm butter cream readymade ( mudah dapat kat kedai kek)
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred B
2 cawan gula kisar (icing sugar)
2 sudu kecil esen vanilla
perwarna mengikut citarasa seperti kuning, hijau, biru, merah dan lain-lain
Setengah cawan susu pekat
Sedikit air
Hiasan mengikut citarasa


Cara-cara:

1. Pukul mentega bersama icing sugar sehingga kembang selama 20 minit.

2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam adunan satu demi satu. Sentiasa pukul adunan ketika memasukkan telur sehingga kembang.

3. Masukkan 2 sudu kecil esen vanilla dan tepung naik sendiri. Apabila adunan telah sekata, letakkan secawan susu pekat dan kemudian sedikit air.

4. Pastikan adunan sebati sepenuhnya. Kemudian bahagikan adunan sama rata ke dalam 6 bekas yang berbeza. Gunakan pewarna yang dikhendaki untuk setiap bekas. Kemudian gaul setiap adunan sehingga sebati.

5. Masukkan setiap adunan di dalam loyang yang berbeza. Bakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 140°C.

6. Apabila adunan kek telah siap. Ketepikan terlebih dahulu dan biarkan sejuk seketika.6.


7. Bahagian lain, sebagai hiasan permukaan kek, pukul butter cream sehingga kembang dan lembut. Kemudian sapukan kepada adunan secara bertingkat dan keseluruhan kek mengikut cita-rasa yang diminati.

8. Hias kek dengan barang hiasan mengikut kreativiti anda. Dah siap! Selamat berpelangi bersama keluarga dan kawan-kawan tersayang!

selamat mencuba!
Reactions:

0 comments:

Post a Comment