Thursday, December 4, 2014

Tip Dr Azizan Osman Bagi Menarik Lebih Ramai Pelanggan

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. sekarang ni ramai yang buat bisnes online malah ada jugak yang berhenti kerja buat bisnes dirumah. nak taw tip dari Dr Azizan Osman untuk tarik lagi lebih ramai pelanggan???? jom..


Ketua pegawai eksekutif (CEO) RichworksResources Sdn Bhd, Dr Azizan Osman yang kini cukup popular dengan Seminar Marketing Power. Seminar ini disertai oleh ribuan orang bagi mengetahui rahsia beliau menggandakan pelanggan dalam jangka masa yang singkat.


Sebelum ini, Dr Azizan juga dikenali sebagai pakar motivasi apabila berjaya menarik puluhan ribu orang, bagi menyertai Seminar Potensi Diri. Ini jelas menunjukkan beliau sememangnya tahu teknik-teknik bagi menarik perhatian pelanggan.

Mana-mana usahawan, atau buku-buku bisnes yang ada di sekeliling kita bersetuju pemasaran adalah kekuatan utama perniagaan. Terdapat 1001 cara pemasaran yang boleh dilakukan, lebih-lebih lagi apabila wujudnya medium pemasaran 2.0, iaitu internet.

Namun, Dr Azizan tidak menyarankan kita untuk menguasai semua teknik pemasaran. Ini kerana dalam pemasaran, kualiti perlu diutamakan berbanding kuantiti. Kita hanya perlu implimentasikan teknik pemasaran yang efektif untuk bisnes.

1) Perkhidmatan Pelanggan Luar Biasa

Pelanggan yang suka pada bisnes kita, berkemungkinan besar akan menghebahkan perkara-perkara yang baik tentang bisnes kita pada rakan-rakan mereka. Perbuatan ini didorong oleh sejauh mana kita melayan mereka, ketika mereka ingin membeli produk.


Perbuatan seperti mengangkat telefon sebelum deringan yang ketiga, serta melayan pelanggan dengan penuh sopan dan mesra, adalah cara yang terbaik bagi membuatkan mereka selesa dengan kita.

Dalam emel pula, kita seharusnya biasakan diri untuk melayan kerenah pelanggan dengan menggunakan bahasa yang baik. Sebagai contoh, pastikan kita membalas emel pelanggan dalam masa yang singkat. Elakkan daripada membiarkan mereka terus menunggu. Apabila mereka menunggu, maka bahagian sokongan (support) bisnes kita akan dipandang rendah.

2) Kad Perniagaan Kreatif

Kad perniagaan adalah senjata pemasaran yang sering dilupakan oleh usahawan masa kini. Walau pun ia adalah medium offline, tetapi ia merupakan senjata pemasaran yang relevan.


Dalam kad perniagaan, kita seharusnya meletakkan maklumat bidang kepakaran. Elakkan daripada meletakkan biodata diri terlampau banyak. Fokus pada bidang kepakaran, bagi membantu mereka mengetahui bagaimana servis atau produk kita boleh menolong diri mereka.

Dr Azizan juga menyarankan supaya kita membiasakan diri, agar memberikan 2 keping kad perniagaan apabila kita memperkenalkan diri kepada pelanggan. Ini bertujuan memudahkan mereka untuk memberikan kad bisnes kita kepada orang lain, iaitu prospek yang memerlukan perkhidmatan kita.

Ini adalah cara paling mudah dan berkesan, bagi melakukan pemasaran viral terhadap bisnes.


0 comments:

Post a Comment