PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Petua Hilangkan Ketuat
Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Entry kali ni adrina nk sharing PETUA HILANGAN KETUAT.
Ketuat boleh tumbuh kat mana-mana bahagian tubuh lebih-lebih di bahagian jari, tangan dan kaki. Ada juga yang dapat ketuat kat bahagian muka terutamanya kanak-kanak.
Mungkin ada yang bertanya adakah ketuat berbahaya. Jawapannya tidak. Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.
Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.
Sesetengah orang tak kisah pun ada ketuat sebab dia tak rasa sakit dan lazimnya setelah beberapa lama (biasanya antara 6 bulan ke 2 tahun) ketuat tu dengan sendirinya akan gugur atau hilang.
Tapi mungkin juga ada yang tak selesa bila tumbuh ketuat, terutamanya kalau ketuat tu tumbuh bahagian kaki (kes pakai kasut ketat). Nak jadi sempoi lagi kena ketuat kat tapak kaki… waduhh… alamatnya mengaduh ler tiap kali melangkah… terpaksa berjalan ala-ala wanita Jepun pakai kimono gitu.. ahaks…
Ada pelbagai cara membuang ketuat, termasuk penggunaan krim khas, cyrosurgeri dan rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia tumbuh kembali.
Walaupun cara membuang ketuat dengan memotong atau menghirisnya dengan pisau tidak digalakkan tapi ramai yang melakukannya sebab nak dapat hasil yang pantas. Tapi hampei semua yang buat cara tu akan mendapati darah keluar dengan banyak.
Bila dah jadi macam tu baru kelam kabut pergi jumpa doktor. Satu hal lagi, ketuat tu akan tumbuh kembali kalau tak dipotong akarnya. Dan darah yang keluar tu juga mengandungi virus yang boleh mengakibatkan ketuat tu tumbuh kat bahagian lain pula..
Petua Buang Ketuat
1) Petua Ketuat 1
Tenyeh atau gosok tempat yang ada ketuat tu dengan pasir yang terendam dalam air. Contohnya pasir sungai atau pasir kat kawasan pantai. Apa pun pastikan pasir tu adalah pasir yang basah sebab terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, ketuat tu akan hilang.
2) Petua Ketuat 2
Sebelum tidur, cuci ketuat tu dengan kerosene atau minyak tanah selama 5 minit. Lepas tu letak pula kapur sirih kat kawasan ketuat tersebut.
Amalkan selama tiga malam berturut-turut. InsyaAllah, ketuat yang ada kat tempat tu akan gugur dan tak tumbuh-tumbuh lagi dah.
3) Petua Ketuat 3
Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.
4) Petua Ketuat 4
Lumurkan kapur sirih, lebih tebal lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu. Biarkan sehingga kering. Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan tanggal dengan sendiri.
Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut. Dan petua nie lebih sesuai untuk tanggalkan ketuat yang tumbuh kat bahagian leher dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
5) Petua Ketuat 5
Bancuh serbuk inai dan sapu kat bahagian yang ada ketuat tu. Biarkan ia kering. Lakukan setiap hari sehingga ketuat tu betul-betul kering, dan akhirnya ia akan mengecut dan hilang setelah beberapa minggu.
6) Petua Ketuat 6
Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang satay ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang.
7) Petua Ketuat 7
Kalau ada kes ketuat yang tak berapa kritikal kat kaki, boleh cuba petua nie seminggu sekali.
M.O.nya hancurkan enam biji pil aspirin (beli kat farmasi) dan campurkan dengan sedikit air dan air limau untuk jadikannya cecair yang likat.
Sapukan cecair tu pada tempat yang kena ketuat.
Kendian masukkan kaki dalam beg plastik dan balut dengan tuala yang direndam dalam air suam. Maknanya sebelum balut, rendam dulu tuala tu.
Duduk dan angkat kaki tu (jangan biar ia mencecah lantai) selama 10-15 minit.
Lepas tu baru dibuka tuala dan beg plastik yang membaluti kaki tadi. Ambil kain yang agak kasar permukaannya dan gunakan untuk sental tempat yang ada ketuat tu. Kalau petua nie dibuat dengan betul, lazimnya ketuat tu terasa lebih lembut dan mudah tanggal.
Akhir sekali barulah dicuci kaki tu dengan air bersih. Kalau tak menjadi juga cara nie.. hmm.. nampaknya kena gi jumpa doktor pakar kulit ler…
8) Petua Ketuat 8
Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
9) Petua Ketuat 9
Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
10) Petua Ketuat 10
Ambil sedikit kapur sirih, serbuk belerang (sulfur) dan air limau nipis. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sebati sehingga menjadi krim.
Hiris sedikit bahagian ketuat tu dengan pisau lipat atau pemotong kuku. Hiris sedikit saja supaya ketuat tu tidak tebal sangat. Kendian sapukan ‘krim; tadi. Lakukan selama beberapa hari dan ketuat tu akan luruh dengan sendirinya.
11) Petua Ketuat 11
Ambil daun mempelam dan bakar sampai ia menjadi kehitaman. Lepas tu tumbuk lumat-lumat sehingga ia menjadi serbuk. Sapukan serbuk tu pada bahagian yang ditumbuhi ketuat.
12) Petua Ketuat 12
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur dengan sendiri.
Selamat mencuba!