Saturday, December 6, 2014

Tips dan Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Tips dan Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Entry kali ni adrina nak share Tips dan Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung. even kita pakai tudung pun, rambut mesti kena jaga kan..ada antara kita yang sanggup pergi salon every week untuk jage rambut...

Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita. Memiliki rambut yang cantik menjadi idaman setiap wanita. Aset yang paling berharga untuk dipelihara agar ia sentiasa kelihatan anggun dan mempersonakan. Namun bagi wanita yang bertudung, usah memandang remeh terhadap penjagaan rambut ini walaupun ianya merupakan aurat yang ditutup rapi bagi pandangan luar.


Takut rambut rosak! Semoga ia tidak menjadi alasan utama wanita islam tidak berhijab. Zaman moden serba canggih ini terdapat banyak tips dan petua penjagaan rambut untuk wanita bertudung. Hanya tinggal nak tak nak sahaja. Orang kata, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih." 

Jom baca tips di bawah ini. Semoga ianya menjadi info bermanfaat dan dapat membuka hidayah lebih ramai wanita muslimah bertudung. Insyallah!

1. Cuci rambut secara berkala.

Secara berkala bukanlah bermaksud kita harus mencuci rambut pada setiap hari. Mencuci setiap hari akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadinya.

2. Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas.

Suhu tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kasar dan menggerbang. Gunakan air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut dan membantu rambut agar lebih bersinar.

3.Gunakan syampoo semulajadi

Bahan kimia adalah sangat tidak bagus untuk rambut, jadi gunakan produk semulajadi seperti minyak kelapa. Pilihlah syampu dengan bahan semulajadi dan sesuai dengan kondisi rambut dan kulit kepala kita. Jangan lupa gunakan kondisioner juga!


Adrina cadangkan uols untuk menggunakan Set Syampoo ProSante Shaklee yang memang menggunakan sumber semulajadi bebas bahan kimia. Untuk perinciannya sila klik 

4. Memakai hijab ketika rambut kering

Memakai hijab atau tudung ketika rambut masih basah merupakan satu kesilapan besar ! Rambut yang basah dan lembap menyebabkan kepala berkelemumur dan mudah bercabang. Berikan masa untuk rambut anda kering sebelum ia dilitupi. Namun jika anda sedang mengejar masa, keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut, dan jangan lupa gunakan produk perlindungan rambut !

5. Longgarkan ikatan rambut

Mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan menyebabkan keguguran. Jika kita sering mengikat rambut dengan cara “pony tail” atau “bun”, jangan ikat dengan terlalu ketat, biarkan rambut anda bernafas.

6. Lepaskan rambut

Bebaskan ikatan rambut kita jika berada di rumah atau di tempat-tempat yang sesuai tidak berhijab. Rambut yang sering diikat akan mudah gugur dan berbentuk serta menggerbang.

7. Pilih pengikat rambut yang betul

Adalah dinasihatkan kita memilih pengikat rambut dari bahan seperti kapas atau pengikat berenda untuk mengurangkan geseran antara rambut dan tudung. Pastikan pengikat rambut tidak terlalu ketat ya.

8. Trim rambut secara berkala

Apabila rambut sering diikat ke belakang, ia sering menyebabkan rambut rosak di bahagian hujung. Jadi rajinkan diri ke salon untuk trim hujung rambut pada setiap beberapa bulan sekali.

9. Pilih tudung dari material selesa

Pastikan kita memakai hijab atau tudung yang selesa dipakai dan tidak panas. Jika kulit kepala kita panas dan berpeluh, rambut tidak dapat 'bernafas' dan menjurus kepada masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, berkelemumur dan sebagainya. Macam saya sekarang ini lebih selesa ke mana-mana dengan tudung bokitta. Memang awesome!

10. Manjakan rambutmu

Sekali sekala, hadirkan diri ke salon muslimah berdekatan anda untuk merawat rambut dan mengurut kulit kepala anda. Rawatan rambut secara berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Urutan kulit kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan rambut yang optimal.

selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment