Saturday, December 6, 2014

Benjolan di Celah Kangkang

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
BENJOLAN DI CELAH KANGKANG 


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.  Entry kali ni adrina nak sharing info dari Harian Metro. Maybe menjadi dilema pada siapa yang ada benjolan di celah kangkang.

MUNGKIN ada di antara anda pernah atau sedang mengalami benjolan, ketulan atau ketumbuhan di celah kangkang atau di buah zakar.

Berdasarkan e-mel yang saya terima, saiz ketulan berbeza-beza. Ada kes ketulan berkenaan mempunyai saiz seperti mata ikan, malah ada juga yang sebesar saiz bola golf.

Namun, sebahagian besar lelaki biasanya bersikap endah tak endah mengenai sebarang perubahan kecil pada anggota badan terutamanya apabila berkaitan bahagian alat sulit.

Apabila ia mula membesar sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka, barulah mula terasa bimbang.

Nasihat saya segera berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti masalah berkenaan.

Ini kerana dikhuatiri ketulan atau benjolan itu adalah perubahan pra kanser atau tanda awal penyakit berbahaya.

Sebaiknya cepat-cepat merujuk kepada doktor pakar kerana ada kalanya penyakit itu boleh mengancam nyawa sekiranya ia berada pada tahap kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Kebanyakan kes yang dikendalikan, ramai lelaki tidak mengambil berat ketulan di buah zakar sehingga ia benar-benar jelas kelihatan atau membesar.

Selepas menjalani pemeriksaan, benjolan atau ketulan berkenaan adalah kanser buah zakar.


Oleh itu, pemeriksaan sokongan seperti ujian imbasan dan sebagainya akan dilakukan doktor untuk mengetahui kandungan benjolan berkenaan dan selepas itu, barulah dapat dipastikan sama ada benjolan itu berbahaya atau tidak.

Seperkara lagi, walaupun negara kita boleh dianggap maju dan moden, masyarakat masih lagi percaya dengan bomoh dan dukun.

Bukan hendak menafikan keupayaan perubatan tradisional untuk mengendalikan masalah kesihatan, tetapi sebaiknya anda perlu merujuk kepada rawatan saintifik sekiranya berhadapan dengan masalah benjolan di celah kangkang atau di buah zakar.

Perlu diingat, jangan ambil mudah sekiranya anda berhadapan dengan masalah seperti ini. Segera mendapatkan rawatan dengan doktor bertauliah dan diiktiraf bagi menjamin rawatan selamat.

(Sumber Harian Metro)

0 comments:

Post a Comment