Wednesday, December 3, 2014

Adakah Kondom Selamat?




Soalan:

Selepas isteri melahirkan anak pertama kami empat bulan lalu, saya dan isteri bersetuju untuk menggunakan kondom sebagai alat merancang kehamilan. Saya ingin tahu, adakah penggunaan kondom yang kerap atau untuk satu jangka masa yang lama seperti dua tahun boleh mengakibatkan kesan negatif pada alat kelamin saya seperti penyakit kulit atau masalah lain yang berkaitan dengan kesuburan?

Jawapan:

Nampaknya anda dan pasangan memilih kondom sebagai cara merancang keluarga. Jika ia digunakan dengan sempurna iaitu mengikut peraturan memakainya dengan baik dan memastikan tidak terlucut atau terlepas ketika mengeluarkan ereksi yang sudah kendur, maka kaedah ini akan menjadi cara yang amat berkesan untuk anda dan pasangan.

Memang ada segelintir lelaki atau wanita yang alah dengan getah atau bahan pelicin yang ada pada kondom. Alahan yang biasa dikaitkan dengan kegunaan kondom getah ialah gatal atau ruam pada anggot kelamin. Jika hal ini berlaku, anda mungkin perlu menggunakan kondom silikon.

Kondom tidak menghalang kesuburan, malah dapat membantu mengurangkan tahap anti-sperm antibodies dalam faraj isteri jika secara kebetulan masalah kesuburan yang dialami wanita itu ada kaitan dengan penghasilan anti bodi dalam faraj.

Jadi, dengan menggunakan kondom, air mani suami tidak terdedah kepada faraj. Maka tahap anti-sperm antibodies akan menurun dalam faraj isteri dan tidak menjejaskan sperma suami di kemudian hari. Jadi, teruskan niat anda dan pasangan menggunakan kondom sebagai kaedah pilihan merancang keluarga.

Jawapan oleh Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi, Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif

0 comments:

Post a Comment