Wednesday, December 3, 2014

Posisi Tentu Jantina Anak




Soalan:

Ada fakta yang mengatakan bahawa posisi tertentu ketika melakukan hubungan intim boleh diguna pakai untuk menentukan jantina anak yang bakal lahir. Adakah hal ini benar dan apakah sebenarnya yang terkandung dalam sperma yang menjadi penyumbang kepada penentuan jantina bayi dalam kandungan?

Jawapan:

Dari segi logik, posisi hubungan intim yang mana air mani kurang tercicir mampu meningkatkan lagi kemungkinan untuk hamil. Lebih-lebih lagi jika banyak sperma memasuki salur reproduktif wanita pada waktu subur.

Ketika itu, jika kebetulan sperma X yang bercantum dengan telur, maka terjadilah anak perempuan dan sebaliknya jika sperma Y yang bercantum dengan telur. Untuk meningkatkan lagi penemuan sperma Y dengan telur perempuan, posisi seks yang membolehkan ejakulasi berlaku dekat pintu rahim digalakkan seperti dari belakang dan ejakulasi di dalam dan juga posisi suami di atas dan ejakulasi di dalam.

Selain itu, digalakkan juga mencuci ruang faraj dengan cecair berasid (asid biologi seperti latacyd) untuk meningkatkan lagi kemungkinan mendapat anak perempuan atau mencuci ruang faraj dengan cecair beralkali (cecair larutan baking powder) untuk tujuan mendapat anak lelaki.

Walau bagaimanapun, kesemua maklumat ini hanya andaian yang berasaskan maklumat saintifik dan tidak boleh diterima sebagai suatu kaedah yang terjamin kesahihannya.

0 comments:

Post a Comment