Wednesday, October 15, 2014

Penyelesaian Masalah Kulit

Assalammualaikum

Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan gebu. Tanyalah mana-mana wanita pun, pasti semua nak kelihatan cantik. Sebaik-baiknya perlulah kita cantikkan dalaman makan keserian dan kecantikan itu akan terpancar diwajah.

Jika anda ada masalah kulit muka seperti alahan kepada apa-apa makanan atau kebanyakkan orang alahan kepada makanan laut (seafood) alahan kepada cuaca yang terlalu panas atau terlalu kering. Ada juga yang alah pada air kotor dan hormon juga salah satu punca. Maka, berusahalah untuk penuhi zat pemakanan anda terlebih dahulu dan elakkan daripada menukar produk kecantikan muka terlalu kerap.

Nutrisi yang lengkap untuk badan adalah sangat penting dan memang ada perkaitannya dengan kulit muka serta kulit seluruh badan.

Kulit bermasalah? Selamat tinggal!
Risau juga nak tayang semula gambar yang saya sendiri tak nak tengok.Tetapi ini la kenangan sebenarnya untuk kita bersyukur dengan nikmat Allah bagi sebagai pinjaman. Ini sebenarnya ujian kecil buat diri pada tahun lepas.

Ya,sebelum ni memang ada naik jerawat dekat muka,tu pun time tertentu ja.Tapi kali ni setiap masa makin bertambah jerawat dekat wajah ni.Mungkin disebabkan cuaca,air dan alahan terhadap makanan.

Semasa ujian ni macam2 perasaan yang saya alami,sedih,kecewa dan yang paling teruk kurang keyakinan apabila orang tanya tentang wajah.

Pi fakulti pun segan,rasa malas.kalau kena matahari lagi sakit dan perit rasanya.Biasa la,cuaca Terengganu panas berbanding penang. 

Banyak produk saya dah pakai,tak perlu kot mention disini, memang habis duit tiap bulan beli produk untuk rawat muka.

Bulan 12 memang teruk sangat2,saya pergi hospital HSNZ untuk ambik darah. Doktor beritahu semua ok ja,dan minta saya untuk ambik vitamin yang boleh menambahkan zat,tambah pula saya kelihatan pucat time tu.

Pada hujung bulan 11 2013,kawan kenalkan ESP SHAKLEE, mulanya memang tak nak ambik tetapi bila diselidiki ttg shaklee ni,saya percaya kerana lebih 50 tahun sebenarnya syarikat ni sudah bertahan.

Bulan 1 tahun ni (2014),ayah saya bawa pergi jumpa doktor pakar kulit,dan beliau juga menasihati mengambil suplement/vitamin yang baik untuk pulihkan kulit. 

Setelah rawatan tersebut,saya teruskan dengan vitamin shaklee yang lain seperti ESP + B Complex + Vit C + Vit E. 

Alhamdulillah..Alhamdulillah Allah telah membantu saya keluar daripada ujian penyakit walaupun tidak serius seperti penyakit lain tetapi saya sudah berkeyakinan. Vitamin shaklee hanya usaha,Allah jua yang menyembuhkan.

Saya ingin menasihati kepada individu yang mempunyai masalah seperti saya,tak perlu menukar produk (skincare) macam2 sebab bukan boleh membaiki kulit anda tetapi kulit akan semakin teruk.

Percaya la..Tetapi rawat dalaman anda.pasti luaran juga terubat.Yakin pada usaha.Tawakal pada Allah.Cari yang halal dan baik!

Ikhlas,
(Auni Azman)


SUMBER



Set Kecantikan Shaklee + ESP



.===============================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿

Jika nak Adrina COD area PUCHONG, SRI KEMBANGAN, USJ, SHAH ALAM, BANDAR KINRARA, PUTRA HEIGHT boleh hubungi Adrina untuk temujanji. 

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
======================================================================




Resepi Jamu Kunyit Asam

RESEPI JAMU KUNYIT ASAM




Bahan-bahan
  • Beberapa ruas kunyit (Anggaran segenggam)
  • Beberapa ruas halia (Anggaran segenggam)
  • 1-2 biji manjakani
  • Daun sirih secukupnya (saya ganti daun pegaga)
  • Gula merah/gula melaka 2 keping
  • Asam jawa segenggam (ikut suka)
  • Air untuk merebus

Cara-cara
  1. Buang kulit kunyit & halia. Bersihkan.
  2. Kemudian, tumbuk kasar halia, kunyit dan manjakani
  3. Dalam periuk yang berisi air, masukkan baha-bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga air asam jawa, gula melaka dan daun pegaga.
  4. Rebus hingga menggelegak (Anggaran 15-20 minit)
  5. Tutup api dan biarkan sejuk. Minum 1 cawan selepas makan
  6. Simpan lebihan jamu tadi dalam peti sejuk.

Suka saya ingatkan agar kawan-kawan amalkan jamu ini hanya 1-2 kali seminggu. Selang selikan hari pengambilannya. Sebab, jamu ni panas faktor penggunaan manjakani tu. Kalau minum kerap sangat, boleh kena ulser dalam mulut. Serius saya pernah kena ulser yang teruk sebab minum jamu ni setiap hari. Sedap punya pasal. haha

Kalau nak kurangkan pahit, cukuplah sekadar 1 biji manjakani. Risau kot-kot ada yang tak tahan dengan rasanya yang kelat tu. Nama pun jamu kan. Haruslah kelat pahit gitewww.. haha

Antara kelebihan jamu kunyit asam ini adalah untuk memelihara sistem peranakan kita di sampingkan melancarkan haid.  Amat elok diamalkan oleh mereka yang baru lepas bersalin. Kunyit kan antiseptik semulajadi. Ia bertindak memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat.

Selain itu, ia membantu menyegarkan dan melangsingkan badan. Angin-angin dalam badan pun laju aje keluar. Secara tak lansung, tubuh pun rasa lebih ringan. Jamu tradisional memang kena amalkan selalu baru nampak kesannya. Kalau setakat sekali setahun baru nak makan jamu memang non hadooo la efeknya tu. Hikhik

Manjakani pula terkenal dengan fungsinya yang memelihara organ intim wanita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan kaya vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.


Inilah manjakani ye adik-adik.hihi : credit *link*

Selebihnya anda bolehlah google sendiri khasiat herba-herba semulajadi ni. Banyak lagi yang boleh dijadikan makanan kesihatan. Jom manfaatkan tumbuhan semulajadi yang tumbuh melata di Malaysia ni. Berbaloi-baloi dan mudah disediakan. Rasa pun sedap tau. Hehe

aku try minum JAMU!!

JAMU KUNYIT ASAM


Arini aku so tak de keje. buat jamu. ok JAMU. what? yes. JAMU dear. dah selamat duk dalam perot. ohhhhhh soooo pahittt...kelat.....dan ummmpphhhh bau semerbak. hihi

ni kes terjebak sb baca blog orang cara tradisional nak cantik, kurus, dan byk lagi. orang indonesia yang cecantik tu minum jamu kunyit asam ni la katenyerrrr....kihkih

So free time, i make it the jamu humm humm...smell like a yummy but when drinking like....ermm...kunyit!!! kahkah

So excited kan! ni resepi dia:
  • Kunyit
  • Halia
  • Asam Jawa
  • Sireh
  • Gula Melaka


Cara-cara buat:
  • Rebus halia, kunyit, daun sireh dalam periuk
  • Agak2 dah sejuk, blend semua tu.
  • Then tapis...mesin lagi...tapis..

  • Air rebus halia, kunyit dan daun sireh dalam periuk tadi masukkan gula melaka dan air asam jawa.
  • Then masukkan air dah tapis tadi.
  • Siap. tunggu sejuk. masuk dalam fridge. then minum laa....


more than 5 minute gak  kot mengadap gelas tuu tak minum2..hahaha 

last sekali, tutup hidung minum. rase kunyit dan halia banyak. pastu cecepat cari air masak minum dan makan buah anggur. bagi ilang rase...

sendawa pon bau kunyit dan halia. kahkah.

actually kalau ade buah manjakani lagi power kot...byk faedah manjakani ni...dah kawin taw laa kot...hihi....trylaaa.....hehe 

Masker Yogurt Power!

Malam ni nak buat masker yogurt! macam-macam boleh buat dengan ESP Shaklee! tp kali ni adrina mix dengan vitamin E jugak sb adrina ade parut jerawat kat muka..so vitamin E bantu mengurangkan parut jerawat! lets try it!

Resepi: 
  • ESP Shaklee
  • Pure Yogurt 
  • Vitamin E Shaklee
Cara buat:
  • 2 sudu ESP
  • 4 sudu yogurt
  • 1 biji vitamin E
  • Mix kan semua ok. siap!!


Taraaaa............



Dapatkan SET KECANTIKAN daripada Shaklee!



===============================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿

Jika nak Adrina COD area PUCHONG, SRI KEMBANGAN, USJ, SHAH ALAM, BANDAR KINRARA, PUTRA HEIGHT boleh hubungi Adrina untuk temujanji. 

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================


Tuesday, October 14, 2014

Detoks Badan Semulajadi Dengan Infused Water

Detoks Badan Dengan Infused Water

Infused Water bertujuan untuk detoksifikasi. Detox dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh dan radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Dengan detoksifikasi sistem badan kita berjalan lebih lancar, menjadikan kita rasa lebih segar , melancarkan pencernaan dan pelbagai lagi.


4 Jenis Buah Yang Digunakan Sebagai Campuran Infused Water

Untuk mendapat detosifikasi yang berlipat ganda, terdapat beberapa cadangan buah yang boleh digunakan sebagai campuran infused water tersebut.

1. Lemon 
Lemon membantu membersihkan dan menambah alkali dalam tubuh sehingga anda berasa lebih segar. Anda hanya perlu menghiris beberapa buah lemon segar, memerah sari lemon dan menambah beberapa liter air putih ke dalamnya.




2. Pudina 
Menambahkan pudina dalam infused water akan membuatkan air anda lebih manis sedikit dan anda tidak perlu menambah gula. Campuran air dengan pudina yang dingin akan membantu menenangkan perut dan melancarkan pencernaan.


3. Mentimun 
Mentimun bukan sahaja untuk kulit dan mata. Infused water mentimun dapat mengatasi dehidrasi dan berfumgsi sebagai radang.


4. Halia 
Infused Water dengan hirisan halia, membantu membersihkan seluruh sistem badan, melancarkan pencernaan dan menenangkan perut.

Detoks Badan Dengan Infused Water, Diet, Supplement Shaklee untuk Detoksifikasi, Herblax, Alfalfa, Vivix




Review Infused Water Lemon dengan Timun. Fresh woh!

Arini aku pi ikot mak aku pgi shoping barang dapur...then aku nampak lemon. ok idea. buat infused water! taraaaa!!



Infused water lemon + Cucumber

senang je nak buat! resipi pejam mata jee siap. ceh! 

Potong lemon dan timun. ikut suke hati nk letak banyak mana eh. (1 lemon + half timun). letak air masak. masuk dalam fridge. sejuk je minum.


Rase dia mcam air sejuk tp masam sikit. tp fresh. sedap. boleh bagi 4/5 star. hehe

trylaa! best! baca link ni:


Aku terjebak dengan semua ni!! menyesal!

Arini niat nak gi Jakel nak beli kain paling murah untuk belajar jait je. tapi bilaaa dah sampai sanaaa HAMEK KAU!! aKu terjebak dengan janji manis kakak seller!! hahaha




Semeter 4 hinggit. ok fine aku amek 8meter (2 pasang la kan!). niat nak pi cari renda or lace murah kat 1st floor.. yes, aku terjebak lagi nampak gayanyeeee!! haha sepasang RM15 je dik. ok aku beli lagi 2 pasang. jemmm!!!

Then kakak cantik mulut manis tu promote lak kat aku kain 3pasang 100hinggit. aku terus tersedar dari mimpi. ok kak cukup la ni. hadoiiiii...... pantang taw tak! haha

kalau pgi gan husben maybe terurus sikit..tp sebab aku pi sorangggg...haaaa taraaaa dapatlaa 5 pasang kain ni!! sooryyy cinta. 

TQ
JAKEL SHAH ALAM ATAS JUALAN LELONG SEMPENA NAK RENOVATE KEDAI.

terjebak sudahhhhhh....niat lari. menyesal sikit tp best!! ok bai!