Bahan-bahan
- Beberapa ruas kunyit (Anggaran segenggam)
- Beberapa ruas halia (Anggaran segenggam)
- 1-2 biji manjakani
- Daun sirih secukupnya (saya ganti daun pegaga)
- Gula merah/gula melaka 2 keping
- Asam jawa segenggam (ikut suka)
- Air untuk merebus
Cara-cara
- Buang kulit kunyit & halia. Bersihkan.
- Kemudian, tumbuk kasar halia, kunyit dan manjakani
- Dalam periuk yang berisi air, masukkan baha-bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga air asam jawa, gula melaka dan daun pegaga.
- Rebus hingga menggelegak (Anggaran 15-20 minit)
- Tutup api dan biarkan sejuk. Minum 1 cawan selepas makan
- Simpan lebihan jamu tadi dalam peti sejuk.
Suka saya ingatkan agar kawan-kawan amalkan jamu ini hanya 1-2 kali seminggu. Selang selikan hari pengambilannya. Sebab, jamu ni panas faktor penggunaan manjakani tu. Kalau minum kerap sangat, boleh kena ulser dalam mulut. Serius saya pernah kena ulser yang teruk sebab minum jamu ni setiap hari. Sedap punya pasal. haha
Kalau nak kurangkan pahit, cukuplah sekadar 1 biji manjakani. Risau kot-kot ada yang tak tahan dengan rasanya yang kelat tu. Nama pun jamu kan. Haruslah kelat pahit gitewww.. haha
Antara kelebihan jamu kunyit asam ini adalah untuk memelihara sistem peranakan kita di sampingkan melancarkan haid. Amat elok diamalkan oleh mereka yang baru lepas bersalin. Kunyit kan antiseptik semulajadi. Ia bertindak memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat.
Selain itu, ia membantu menyegarkan dan melangsingkan badan. Angin-angin dalam badan pun laju aje keluar. Secara tak lansung, tubuh pun rasa lebih ringan. Jamu tradisional memang kena amalkan selalu baru nampak kesannya. Kalau setakat sekali setahun baru nak makan jamu memang non hadooo la efeknya tu. Hikhik
Selain itu, ia membantu menyegarkan dan melangsingkan badan. Angin-angin dalam badan pun laju aje keluar. Secara tak lansung, tubuh pun rasa lebih ringan. Jamu tradisional memang kena amalkan selalu baru nampak kesannya. Kalau setakat sekali setahun baru nak makan jamu memang non hadooo la efeknya tu. Hikhik
Manjakani pula terkenal dengan fungsinya yang memelihara organ intim wanita. Ia bertindak sebagai antioksidan dan kaya vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.
Inilah manjakani ye adik-adik.hihi : credit *link* |
Selebihnya anda bolehlah google sendiri khasiat herba-herba semulajadi ni. Banyak lagi yang boleh dijadikan makanan kesihatan. Jom manfaatkan tumbuhan semulajadi yang tumbuh melata di Malaysia ni. Berbaloi-baloi dan mudah disediakan. Rasa pun sedap tau. Hehe
Sumber Asal: http://juliaismail.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment