Showing posts with label B-complex. Show all posts
Showing posts with label B-complex. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Kenapa Asid Folik Penting??

Assalamualaikum dan hi. Ramai wanita diluar sana yang masih tercari-cari suplement atau makanan tambahan apa yang paling bagus untuk mereka...Jawapan dia ASID FOLIK...


Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

KEBAIKAN DAN MANFAAT VITAMIN B- COMPLEX DARI SHAKLEE 


1. Dapat menukar makanan kepada tenaga
-membantu penghadaman, menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

2. Melawan tekanan
- memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepada, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia.

3. Membantu Tumbesaran
- menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4.Rambut beruban dan gugur
- membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata
- mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus.

6. Dapat mencegah anemia
- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan anti bodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendakan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, peming , lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7.Meredakan senggugut
- Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche
- dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau.

9.Detoksifikasi
- meredakan alahan.
__________________________________

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Boleh dapatkan produk SHAKLEE dengan harga runcit disini.
Boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk harga yang lebih berbaloi-baloi.



Monday, January 18, 2016

Rawatan untuk Darah Rendah bagi Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan hi. Setiap kali check up baby mesti nurse pesan "Adrina..HB awak ni makin rendah ni..." alamaakk! risauunyeee.....Terus call upline order VITALEA SHAKLEE...hihi 

Orang cakap makan hati, kerang dan ape tah lagi..tapi tekak nie tengah pregnant macam xde selera pulak nak makan hati kerang semua tu..hehe demand ok. baby tak mo. no no no. haha

So, harini nak share suplement terbaik Shaklee untuk tambah darah. Actually ibu mengandung yang takmau amek banyak-banyak suplement, boleh jee ambil VITALEA sahaja pun dah memadai. hihi

SET TAMBAH DARAH SHAKLEE



1) Vita-Lea with Iron Formula
  • Kenapa Iron penting untuk tambah darah?
  • Perlu difahami bahawa masalah low HB/Anemia?kurang darah adalah disebabkan oleh kegagalan badan membentuk sel darah merah. Pembentukan sel darah merah memerlukan oksigen. Oksigen memerlukan agen pengangkut dan pengangkut oksigen dalam darah ialah Iron!!
  • Tanpa agen pengangkut, oksigen tidak dapat dibekalkan untuk pembentukan sel darah merah yang menyebabkan anemia yang akhirnya pada tahap tertentu boleh mengancam nyawa.
2) B-Complex with Folic Asid
  • Tambahan dos B-12 dan asid folik dalam nutrisi harian.
  • Vitamin B-12 merupakan vitamin terpenting untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang sihat dan sempurna.
  • Asid folik pula untuk pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel yang sempurna.
  • Kenapa perlu B-Complex sedangkan hanya B-12 dan asid folik (B9) yang diperlukan untuk mengatasi masalah anemia?
  • Perlu difahami bahawa setiap vitamin B, terutama 8 vitamin terpenting dalam B-Complex saling menyokong fumgsi utama satu sama lain. Adalah penting untuk mengambil kesemua 8 vitamin B untuk keseimbangan fungsi dalam badan.
3) Sustained Release Vitamin C
  • Membantu penyerapan zat besi, asid folik & B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya mensia-siakan pengambilan vitamin tambah darah. Lengkapkan kesemua keperluan untuk memastikan penyembuhan menyeluruh.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Boleh dapatkan produk SHAKLEE dengan harga runcit disini.
Boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk harga yang lebih berbaloi-baloi.



Friday, January 15, 2016

Anda Terlalu Kurus??? Jom Tambah berat anda!

Assalamualaikum dan hi. Bila nak gemox ni?? kurus kepeng? berat tak naik2? anda risau??? jom dapatkan SET TAMBAH BERAT SHAKLEE anda!


SET TAMBAH BERAT SHAKLEE

Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Boleh dapatkan produk SHAKLEE dengan harga runcit disini.
Boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk harga yang lebih berbaloi-baloi.



Thursday, January 14, 2016

Pengedar Shaklee Puchong: Set Kaki Tangan Kebas Shaklee

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Harini nak share berkenaan dengan SET KAKI TANGAN KEBAS SHAKLEE.

pengedar shaklee puchong


1. B Complex ~ kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap. Dan yang paling penting ianya bukan diperbuat daripada tar jalan raya seperti vitamin B Complex sintetik yang banyak terdapat di pasaran.

2. Vitalea ~ Multivitamin dalam badan. Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh

3. Ostematrix ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.


Boleh dapatkan produk SHAKLEE dengan harga runcit disini.
Boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk harga yang lebih berbaloi-baloi.

Thursday, April 9, 2015

Redakan Period Pain @ Senggugut Dengan Cepat


Anda mengalami sengugut yang teruk sehingga muntah-muntah, letih, menganggu tugas harian??? Tahukan anda Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. 

Premenstrual Symtoms atau lebih dikenali sebagai PMS sering terjadi menjelang 5-10 hari sebelum haid. Gejala-gejalanya seperti:-
  • mudah marah
  • perut sedikit kembung
  • berasa mual, pening, muntah, keletihan
  • sakit kepala, migrain
  • keluar jerawat di muka dan badan
  • sakit perut sehingga di bahagian ari-ari dan lain-lain



✔Bagaimana Set Vitamin Sengugut membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan period pain dan pms? 

❣❣ GLA 
  • GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Fungsi utama GLA adalah untuk menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
  • Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda PMS dan putusnya haid.
  • Nota tambahan: Wanita berumur 40 tahun ke atas juga baik untuk mengamalkan GLA kerana GLA membantu mereka mengurangkan simptom-simtom menopaus seperti hot flashes, insomnia, depresi

❣❣ OSTEMATRIX 
  • OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 
  • Nutrien ini bekerja bersama untuk membantu relaksasi otot. Kalsium penting untuk mengekalkan nada otot semasa haid. Vitamin D juga membantu untuk mengurangkan keradangan. 
  • Adalah dipercayai bahawa keradangan semasa haid boleh membawa bukan hanya kepada kembung, tetapi juga kesakitan teruk semasa haid

❣❣ VITAMIN B 
  • Vitamin B membantu meredakan senggugut teruk. Kajian menunjukkan wanita yang mengambil Vitamin B semasa didatangi haid berjaya mengawal hormon estrogen dan mengurangkan kekejangan semasa haid. 
  • Vitamin B juga mampu melawan tekanan, kemurungan sekaligus meredakan sakit kepala selain meredakan kerisauan dan keresahan semasa haid .






Nak dapatkan GLA Shaklee??

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Setiap pembelian akan disertakan dengan special ebook percuma.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391

Tuesday, April 7, 2015

Kepentingan Asid Folik Untuk Wanita

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Kali ni adrina nak share kepentingan asid folik untuk ibu hamil. Bagi yang merancang untuk hamil bolehla ambil asid folik ini sebelum hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil.


Ibu hamil jangan mengabaikan pengambilan asid folik. Wajib ambil asid folik untuk mengelakkan risiko keguguran.


Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf).


Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.

Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia.


Apa itu asid folik? 
  • Asid Folik adalah vitamin B yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
  • Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 
Mengapa asid folik penting?
  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau lansung terbentuk (anecephaly /encephalocele).
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi. Sumbing lelangit (cleft palate) Kecacatan pada jantung Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system).
Bila asid folik perlu diambil? 
  • Sebelum mengandung Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. Antara vitamin terpenting yang selalu dibekalkan doktor adalah asid folik.
Siapa yang memerlukan asid folik? 
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf
Sumber makanan yang mengandungi asid folik 

  • Hati ayam 
  • Daging, ayam, telur 
  • Kekacang 
  • Beras perang, barli, oat 
  • Sayuran hijau Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain ( buah sayur warna kuning. 

Jadi, wanita di luar sana perlu dapatkan asid folik anda. Kenapa perlu membeli asid folik Shaklee??

KEBAIKAN DAN MANFAAT VITAMIN B- COMPLEX DARI SHAKLEE 


1. Dapat menukar makanan kepada tenaga 

- membantu penghadaman, menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. 

2. Melawan tekanan 

- memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepada, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia. 

3. Membantu Tumbesaran 

- menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4.Rambut beruban dan gugur

- membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 

5. Baik untuk mata

- mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus. 

6. Dapat mencegah anemia

- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan anti bodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendakan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, peming , lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut. 

7.Meredakan senggugut 

- Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit. 

8. Mencegah perlcche 

- dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau. 

9.Detoksifikasi 
- meredakan alahan. 

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


Oleh itu, vitamin B sangat penting dalam tubuh badan kita... 
B-complex shaklee adalah suplement basic yang wajib adrina ambil setiap hari untuk kekalkan tenaga berpanjangan! 

Boleh dapatkan konsultasi terbaik dari adrina.




Nak dapatkan B-COMPLEX Shaklee??

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Setiap pembelian akan disertakan dengan special ebook percuma.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391

Saturday, March 28, 2015

Vitamin Shaklee Untuk Kuatkan Rahim

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Masih ada lagi yang mencari-cari vitamin untuk kuatkan rahim anda?? Dapatkan Vitamin Shaklee Untuk Kuatkan Rahim


Kerap keguguran kerana rahim tidak kuat?

Setiap wanita yang sudah berkahwin pastinya menginginkan zuriat. Namun begitu, ada di antara mereka yang seringkali mengalami keguguran dan ini menyebabkan sukar untuk menimang cahayamata.

 Jika ujian dan siasatan yang dilakukan oleh doktor menunjukkan keputusan yang normal dan tiada sebarang masalah, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mula mengambil supplemen bagi menguatkan rahim agar kandungan anda lebih kuat dan bertahan sehingga selamat bersalin. 

Cadangan saya, segera dapatkan Vitamin Shaklee untuk kuatkan rahim anda. Insya-Allah membantu.

Vitamin Shaklee untuk kuatkan rahim

1) Energizing Soy Protein (ESP)

Mengapa ESP?

Ini kerana ESP Shaklee terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Rahim yang lemah adalah berpunca daripada sel-sel di dalam tubuh yang rosak dan ianya perlu dipulihkan dengan segera. Pendarahan yang kerap dan banyak yang disebabkan oleh rahim yang lemah boleh membawa kepada risiko keguguran.

Kelebihan ESP
  • Untuk wanita yang ingin HAMIL atau merancang untuk hamil, ESP membantu memulihara dan memelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang hamil, ESP dapat membantu menguatkan rahim dan membantu pembentukan otot bayi. Protein adalah bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusukan badan, ESP membantu memperbanyakkan pengeluaran susu. Cukup protein, kita cukup tenaga.
  • Untuk stabilkan hormon. ESP mengandungi kacang soya yang kaya dengan isoflavon. Ia membantu memulihkan hormon wanita.
  • Untuk kurus. ESP membuatkna kita berasa kenyangdan mengurangkan nafsu makan.
  • Untuk kekal sihat. ESP membantu memberi ketahanan kepada tubuh badan dan pelengkap nutrien dalam badan. Bila semuanya cukup, tubuh mampu melawan penyakit yang datang dengan izinNya.
  • Untuk cantik, ESP membantu membuatkan kulit lebih anjal, gebu dan lebih cerah. Pasti lebih berseri-seri!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa, ESP membantu membekalkan tenaga.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang kerap keguguran, saya sangat mencadangkan anda untuk mengambil :

Insya-Allah, setiap vitamin di atas mempunyai fungsi dan kelebihan dalam membantu anda menguatkan rahim dan menyihatkan tubuh badan. Tubuh yang sihat akan memastikan anda lebih bersedia untuk hamil.

TESTIMONI



===========================
Nak dapatkan suplement Shaklee??
Dapatkan dengan Adrina.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Setiap pembelian akan disertakan dengan special ebook percuma.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391.

Friday, March 27, 2015

Vitamin untuk Masalah Tangan Kebas

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Mencari suplement untuk Tangan Kebas?? Shaklee membantu anda


Masalah kebas pada anggota badan adakalanya sangat merimaskan dan boleh mengganggu tugasan harian kita. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya tangan anda mengalami rasa kebas- kebas ketika memandu...sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa juga bukan? 

''Seorang pelanggan saya yang merupakan seorang guru, mengadu bahawa masalah kebas pada tangan beliau semakin serius...hendak menulis pada papan putih pun 'marker' boleh terjatuh..."

Tapi, kalau tangan atau mana-mana anggota sekali pun yang mengalami rasa kebas, pastinya kita tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian. Jom kita lihat apa punca yang menyebabkan rasa kebas boleh terjadi?


Punca Kebas pada Tangan

  • Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip, tukang jahit, menulis tanpa dengan sangat kerap boleh mendorong ke arah kebas pada tangan.
  • Menggunakan tangan dengan kuat secara berulang-ulang kali, misalnya kerja2 di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  • Disebabkan oleh penyakit akibat gangguan hormon seperti diabetes, tiroid, masalah menopaus dan mungkin juga disebabkan oleh takungan cecair badan bagi wanita hamil.
  • Kebas juga boleh berlaku jika pergelangan tangan kita pernah cedera.
  • Faktor jantina. Wanita berisiko lebih 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Mungkinkah kerana wanita lebih banyak membuat kerja rumah berbanding lelaki???
  • Faktor usia. Kebas mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Tahukah anda?

Jika terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah yang akan mengakibatkan rasa kebas pada tangan.

Bagaimana Shaklee Membantu anda?

Jadi, apakah suplemen yang perlu anda amalkan untuk mengatasi masalah kebas- kebas pada tangan? Di bawah adalah cadangan suplemen terbaik bagi mereka yang mengalami masalah ini. Berikut adalah suplemen yang sesuai diamalkan oleh mereka yang punya masalah kebas :


1. B Complex ~ kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap. Dan yang paling penting ianya bukan diperbuat daripada tar jalan raya seperti vitamin B Complex sintetik yang banyak terdapat di pasaran.


2. Omega Guard ~ Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Hati adalah tempat pemprosesan segala bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan sumber minyak ikan yang selamat.


3. Ostematrix ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.



Jika anda juga mempunyai masalah kebas pada mana-mana anggota badan, anda juga boleh mencuba suplemen ini. Keistimewaan lain set ini ialah, ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik, serta mengelakkan masalah sembelit yang dialami. 

Testimoni tangan kebas hilang dengan vitamin SHAKLEE :




Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Setiap pembelian akan disertakan dengan special ebook percuma.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391.