Wednesday, December 3, 2014

Phytocol Shaklee Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:
Turunkan KOLESTROL!!


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.  Entry kali ni adrina nak share cara semulajadi menurunkan KOLESTROL! kekadang kita tengok ade orang kurus kering tapi kolestrol tinggi taw. So jom kita layan............


Sedapnya makanan Malaysia! Sememangnya Malaysia bumi bertuah. Bukan sahaja kaya dengan pelbagai budaya berbilang bangsa tapi juga mempunyai varierty makanan yang lazat dan best! Rugi tak rasa wooo....

Banyak kita makan banyak jugalah kadar kolestrol yang tinggi meresap ke dalam badan kita. Kolestrol adalah pembunuh senyap tanpa kita sedari. 

Cuba cek kadar kolestrol diri kita. Berapa kadar mg kolestrol kita? Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. 




Lihat pada gambar di atas. Adakah kita tergolong dalam 6 juta itu? Risau tak? Kolestrol tak terkawal memang merbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke.

 Secara logiknya memang kita tidak menyedari kolestrol bermaharaja lela dalam badan kita. Tambahan pula kita tidak mampu menolak daripada menjamah kelazatan pelbagai makanan yang terdapat di negara kita ni. Umumnya kadar maksimum kolestrol normal adalah seperti gambar di bawah.



Lihat pada gambar pola permakanan gambar di atas. Berapakah jumlah kolestrol yang berjaya masuk ke dalam badan kita? 942 mg sedangkan saranan pengambilan kolestrol untuk mereka yang sihat ialah 300 mg sehari. Itu belum lagi kita ketahui jumlah kolestrol yang didapati daripada makanan yang lain. Cuba lihat gambar di bawah.


Kalau diikutkan banyak makanan kegemaran kita yang tak boleh dijamah. Memang kita sukar nak limitkan pengambilan makanan kurang dari 300 mg selagi kita berada di Malaysia. Makanan di Malaysia memang best dan lazat! Rugi kalau kita tak rasa. Betul tak? Huhuhu




Produk baru Shaklee 2014 Phytocol

Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari. 



Keistimewaan Phytocol Shaklee

Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif 
fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol.
Mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari 
kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH 

Tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan 


Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.


Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65. RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿

6 Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta...adrina nak share
6 Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam. jom baca.



1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. 

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.



2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk. 

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. 

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq. 

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. 

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

Posisi Tentu Jantina Anak




Soalan:

Ada fakta yang mengatakan bahawa posisi tertentu ketika melakukan hubungan intim boleh diguna pakai untuk menentukan jantina anak yang bakal lahir. Adakah hal ini benar dan apakah sebenarnya yang terkandung dalam sperma yang menjadi penyumbang kepada penentuan jantina bayi dalam kandungan?

Jawapan:

Dari segi logik, posisi hubungan intim yang mana air mani kurang tercicir mampu meningkatkan lagi kemungkinan untuk hamil. Lebih-lebih lagi jika banyak sperma memasuki salur reproduktif wanita pada waktu subur.

Ketika itu, jika kebetulan sperma X yang bercantum dengan telur, maka terjadilah anak perempuan dan sebaliknya jika sperma Y yang bercantum dengan telur. Untuk meningkatkan lagi penemuan sperma Y dengan telur perempuan, posisi seks yang membolehkan ejakulasi berlaku dekat pintu rahim digalakkan seperti dari belakang dan ejakulasi di dalam dan juga posisi suami di atas dan ejakulasi di dalam.

Selain itu, digalakkan juga mencuci ruang faraj dengan cecair berasid (asid biologi seperti latacyd) untuk meningkatkan lagi kemungkinan mendapat anak perempuan atau mencuci ruang faraj dengan cecair beralkali (cecair larutan baking powder) untuk tujuan mendapat anak lelaki.

Walau bagaimanapun, kesemua maklumat ini hanya andaian yang berasaskan maklumat saintifik dan tidak boleh diterima sebagai suatu kaedah yang terjamin kesahihannya.

6 LOKASI PERCUTIAN UNIK DI MALAYSIA YANG MESTI DIKUNJUNGI

Percutian adalah salah satu cara untuk menenangkan diri, mengosongkan fikiran dan melepaskan semua tekanan yang ada dalam diri. Percutian juga adalah masa untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan. Jika masa menjadi penghalang untuk anda melancong ke luar negara apa kata bercuti saja di dalam negara.


Sebenarnya, banyak tempat menarik yang perlu diterokai di negara kita ini. Bukan saja menarik tetap juga unik. Kami senaraikan enam lokasi menarik percutian unik dalam negara.

1. Chalet Eksklusif Limastiga, Umbai, Melaka. (limastiga.blogspot.com)


Berkonsepkan privasi, kawasan chalet ini adalah milik anda ketika ia ditempah. Menurut seorang pengunjung, chalet ini menyerahkan sepenuhnya kawasan percutian ini kepada tetamunya. Bermaksud sebarang aktiviti tidak akan dibantu oleh pihak urusetia. Mereka benar-benar mengamalkan konsep “privacy” kepada pihak pelanggan.


Chalet ini hanya dibuka kepada pengunjung beragama Islam sahaja. Ukiran senibina yang unik serta landskap yang mendamaikan sesuai buat mereka yang inginkan ketenangan dan jaminan tempat penginapan bersih dan suci.

Harga pakej untuk 2 hari 1 malam (tiga chalet, enam bilik) bermula RM2,000.


2. The Dusun Berembun House (thedusun.com.my)

Jika anda gemar bercuti di dalam keindahan alam semulajadi yang menenangkan, senyap, sunyi, nyaman, segar dan hanya ditemani bunyi-bunyi cengkerik serta unggas, ini adalah lokasi percutian yang tepat buat anda.


Sesuai bagi percutian keluarga atau bulan madu. Oh yer, chalet ini mesra haiwan peliharaan termasuk anjing. Cuma bawa kelengkapan dan bekas makanan untuk binatang anda sendiri ketika bercuti di tempat ini. Kadar harga bilik bermula RM500 satu malam.




3. Avani Gold Coast Sepang, Selangor. (www.avanihotels.com)

Chalet atas air dengan susunan yang unik. Sesuai untuk bermalas-malasan dan menenangkan fikiran, jauh dari hiruk piruk kerja seharian. Namun ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan seperi sukan pantai, spa atau melawat ke kawasan kampung berhampiran. Kesemua ini boleh didapati dari pakej yang ditawarkan bermula RM800 semalam.




4. Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan (www.grandlexispd.com)

Satu-satunnya penginapan di Malaysia yang menyediakan kolam mandi privasi di setiap bilik. Menawarkan 175 villa berkonsepkan bali bertaraf lima bintang. Harga pakej bermula RM1,285 bagi satu malam.



5. The Eight Acres, Raub, Pahang

Daya penariknya adalah suasana dusun dan alam semulajadi. Katanya siap ada kebun anggur, air terjun dan tasik yang dipenuhi teratai. Sesuai untuk membawa anak-anak merasai alam semulajadi yang mendamaikan.



5. Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim Kedah

Sebuah kawasan resort berkonsepkan ‘eco camp’ di Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah. Memiliki ‘canopi walk’ yang terpanjang di Malaysia. Gayat ke tidak cubalah sendiri!!!


Kesan Penggunaan Pencuci Wanita




Soalan:

Di pasaran ada banyak cecair pencuci alat kelamin wanita. Setiap satu menceritakan kebaikannya. Saya pun ada menggunakannya untuk menjaga kesihatan bahagian tersebut. Tetapi, ada sahabat saya memberitahu bahawa menggunakan cecair pencuci dengan kerap dan berterusan boleh menyebabkan faraj menjadi kering iaitu hilang kelembapan semula jadi. Adakah hal ini benar dan bolehkah masalah kekeringan faraj dirawat?

Jawapan:

Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai pencuci anggota kelamin wanita yang bukan sahaja membersihkan vulva (bahagian luar anggota kelamin perempuan yang terdiri daripada bibir besar, bibir kecil, klitoris dan vestibule iaitu bahagian antara bibir kecil), malah meninggalkan bauan yang merangsang selain meninggalkan kelembapan untuk kelembutan kulit.

Selain itu terdapat juga pencuci anggota kelamin wanita yang mengandungi bahan kosmetik yang boleh mengeringkan kulit atau menanggalkan pelembap semula jadi sehingga menyebabkan anggota kelamin kering dan tegang. Apabila hal ini berlaku, wanita tersebut akan menggaru dan meninggalkan keradangan kulit. Jika ketara, kulit akan kelihatan hitam atau kurang cerah.

Selain memberi kesan negatif terhadap kulit, sesetengah bahan pencuci vulva mengandungi fungsi pembunuh kuman yang mudah menyerap ke dalam faraj dan membunuh kuman semula jadi faraj. Apabila perkara ini berlaku, faraj akan hilang pelindung dan terdedah kepada kuman dan kulat yang berdekatan.

Kuman dan kulat itu boleh membiak dalam faraj. Sekiranya berlaku, mukosa faraj akan mengalami keradangan dan mengeluarkan lebih banyak cecair. Jika jangkitan ketara, cecair yang keluar akan berubah warna dan bau.

Pencuci anggota sulit wanita bukan untuk mencuci faraj. Ia hanya untuk membersihkan vilva. Daripada menggunakan pencuci, sabun mandi biasa atau sabun mandi bayi cukup untuk mencuci vulva kerana ia lembut dan mengandungi pelembap.

Tuesday, December 2, 2014

Bagaimana Resveratrol Membantu Pesakit Diabetes, Kanser & Jantung?


PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: 
Resveratrol Membantu Pesakit Diabetis, Kanser & Jantung

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Entry kali ni adrina nk share khasiat resveratrol yang mampu membantu pesakit diabetis, kanser dan jantung.  Jom layan...=)



Kajian saintifik mendapati pengambilan RESVERATROL mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.

1. Apakah itu RESVERATROL?

Sumber: http://www.resveratrol.com/what-is-resveratrol/

Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.



2. Manfaat Resveratrol:


3. Kajian Saintifik terhadap khasiat RESVERATROL:

ANTI-RADANG



KANSER PARU-PARU


KANSER PROSTAT

KANSER PAYUDARA


KANSER KOLON


DIABETES

JANTUNG

Banyak bukti tentang kajian saintifik ke atas kebaikan RESVERATROL. Jika anda percaya pada kebaikan RESVERATROL..

Memperkenal VIVIX SHAKLEE, hasil kajian di dalam makmal menunjukkan 
VIVIX SHAKLEE 10 x ganda melebihi RESVERATROL!


4. Apakah itu Vivix?

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.



**sumber dari website Shaklee.


5. Apa yang hebatnya tentang Vivix Shaklee?


Fakta 1: Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!


Fakta 2: Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.



Fakta 3: Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.



Fakta 4: Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.



*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods


6. Bahan aktif yg terdapat dalam VIVIX Shaklee


Boleh pm adrina untuk sebarang pertanyaan. Dapatkan ebook dengan setiap pembelian =)

=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65. RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿

Monday, December 1, 2014

Testimoni Vivix Sembuh Kanser

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:

Testimoni Vivix:  Presidential Master Law Chu Hian Bebas Dari Kanser

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Entry kali ni adrina nak share mengenai testimoni vivix yang mampu menyembuhkan pesakit kanser.

Kanser kini mampu diubati! Master Law adalah bukti yang masih hidup. Entry kali ini saya bawakan kisah Master Law (bekas pembaca berita NTV7) yang disahkan bebas dari penyakit kanser paru-paru yang di hidapinya dan beliau juga mengamalkan Vivix Shaklee sebagai vitamin keperluan hariannya.


10 tahun lepas Master Law di serang penyakit kanser. Gambar di sebelah kiri adalah gambar semasa beliau menjalani kimoterapi 10 tahun yang lepas. Gambar sebelah kanan adalah gambar terkini Master Law, kesan dari pengambilan Vivix Shaklee, dan juga vitamin-vitamin shaklee yang lain. 

There is no trick here.. tapi just nak share dengan u all semua kebaikan Shaklee utk jangka masa panjang! Menurut Master Law.. masa kena cancer tu.. dia makan Alfalfa sahaja.. berbotol2 dia telan.. sampai ijau2 gigi dia sehari more than 30biji dia mkn! -- alfalfa utk mengalkalikan kembali sel2 cancer yg mengganassss!

Zaman tu.. blom ada Vivix lagi.. so Alfalfa la segalanya!! Bonus hasil dari amalan Vivix Shaklee secara konsisten , Master Law kelihatan awet muda,Hmm cuba teka berapa umur beliau? Umur beliau sekarang 50 tahun tau…nampak muda dan hensem kan! Ala-ala 30 tuuu...penangan VIVIX SHAKLEE!!!…


Jika anda rasa gambar boleh dibuat-buat, ini beliau di pejabat Shaklee beliau. Macam tak percaya kan umur dia 50. Nampak macam 30 je..So Shaklee claim Vivix boleh membuatkan anda kelihatan 25 tahun lebih muda bukan omong kosong kan :-)

Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa bahawa penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan. Ramai saintis telah membuat kajian bagi merungkai penyakit kanser.

Apakah kanser? 




Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.

Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

Bagaimana Sel KANSER membiak?

Sel kanser akan membuat 'laluan' sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama-kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limpa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini. 

Adakah KANSER boleh berulang selepas rawatan?

Ya! Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat. Kadar kejadian kanser yang berulang adalah bergantung kepada jenis kanser, peringkat kanser, kekuatan badan penghidap kanser,samada rawatan yang diberikan mencukupi dan terdapat juga kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kekuatan dalaman, bersikap positif serta emosi yang stabil dapat melawan kanser dengan lebih berkesan dan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik.

So bagaimana Alfalfa dan Vivix ni mampu bebaskan Master Law dari kanser beliau? 


Melalui kajian juga kita tahu makanan untuk sel kanser membiak adalah yang bersifat asid..kerana itu pengambilan Alfalfa yang bersifat alkali mampu merencatkan perkembangan sel kanser. Pengambilan Alfalfa mampu menghalang sel kanser dari membiak. Kimoterapi pula membunuh sel kanser disamping sel-sel sihat yang lain. 

Di sinilah Vivix berperanan besar dalam memperbaiki semula sel-sel sihat. Pembaikan itu berlaku sehingga ke tahap selular DNA tau. Mana DNA yang rosak Vivix bantu sihatkan malah menambah tempoh hayat DNA (DNA pun ada hayat ye). Bila kita sakit tak kira la sakit apa, banyak DNA kita rosak dan mati. Nak tau lebih lanjut mengenai Vivix boleh baca link sini ye.

Jom dapatkan VIVIX dan Alfalfa dengan adrina ye...konsultasi istimewa akan diberikan. Setiap pembelian akan diberikan ebook percuma. dapatkan sekarang! =)

=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65. RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿