Sunday, July 13, 2014

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) punca sukar hamil?

Assalamualaikum dan salam cinta! 

Harini adrina nk share mengenai PCOS..maybe ramai yg tak taw kan...jom bace ;)

1. Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?

PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. 


Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

2. Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?

• Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak

• Kegemukan atau obesiti

• Kencing manis

• Kolesterol Tinggi

• Kemandulan

• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada

3. Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?

Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:

• Kitaran haid yang tidak teratur

• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang

• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

4. Apakah itu ‘polycystic ovary’?

Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’. 

 Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.


Gambar ultrasound ovari menunjukkan ‘polycystic ovary’

5. Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?
Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

6. Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?

• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

• Masalah kolesterol tinggi

• Masalah darah tinggi

• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi

• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

• Masalah tidur

• Penyakit murung

7. Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.

• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur

• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.

• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.

Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.



8) Rawatan secara natural?


Mungkin ada diantara kita lebih suka untuk mendapatkan rawatan bukan melalui ubat-ubatan tetapi lebih kepada secara natural. Apakah yang dapat membantu masalah Pcos?

B Vitamins-The B vitamins help your liver process hormones. Vitamin B6 helps with fertility issues, which many women with PCOS experience, and can help control weight and blood sugar levels. Vitamins B2, B3 and B5 also help with weight and blood sugar levels. Additionally, B6 helps maintain your normal hormonal balance, and along with B2 and B3 is needed by your body for normal thyroid hormone production. Poor thyroid function will affect your metabolism.

Zinc-Zinc is an important mineral for appetite control and a deficiency can cause a loss of taste and smell, creating a need for stronger-tasting foods, including those that are saltier, sugary and/or spicier often more fattening, Zinc is also necessary for the correct action of many hormones, including insulin, so it is extremely important in balancing blood sugar. It also functions together with vitamins A and E in the manufacture of thyroid hormone.

Antioxidant Vitamins-The antioxidant vitamins—A, C and E—are important if you suffer with PCOS. Antioxidants neutralize unstable molecules in your body that can damage your cells.. Vitamin A helps to keep your tissues and skin healthy, but taking in too much vitamin A can harm your bones, advises Harvard. Vitamin C’s upper limit is 2,000 mg. Vitamin C helps your body recover from wounds, produce collagen, supports your blood vessel walls and helps your body make the neurotransmitters serotonin and norepinephrine. The upper limit for vitamin E is 1,000 mg. Vitamin E protects the vitamin A in your body from damage, and may help protect against Alzheimer’s, according to Harvard.

Vitamin D & Calcium-Vitamin D plays important role in calcium absorption. Calcium plays a role in normal follicular development, as well as egg maturation in a woman’s body. PCOS often is characterized by lack of ovulation and arrested follicular development. Thys-Jacobs notes that impaired calcium regulation in the body may be partly responsible for arrested follicular development among women who suffer with PCOS. Vitamin D deficiency also may contribute to insulin resistance, as well as diabetes, note Harris and Chung.

Essential Fatty Acids – EFAs like omega-3, 6 and 9 and DHA are incredibly important to achieving and maintaining a balanced hormone system. They also help your body maintain a healthy weight.

Sumber




0 comments:

Post a Comment