Tuesday, January 19, 2016

Pemilihan Multivitamin Untuk Kehamilan

Assalamualaikum dan hi. Siapa yang disahkan hamil pasti mencari-cari multivitamin untuk kehamilan anda. Jom kita baca mengenai pemilihan multivitamin hamil anda.


Perlukah saya mengambil multivitamin untuk kehamilan?

Selagi kehamilan anda sihat, cuma satu sahaja vitamin yang anda perlu ambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik


Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen bagi mendapatkan vitamin dan mineral lain yang diperlukan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan anda memakan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang anda dan bayi anda perlukan. 

Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut: 

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran, samada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
  • Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.  Produk tenusu, seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumber iodin yang baik. Anda memerlukan banyak iodin dalam diet anda untuk membantu perkembangan otak bayi. 

Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan berlemak atau manis dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang anda perlukan. 

Realitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan. 

Apakah sepatutnya kandungan sesuatu suplemen pranatal itu?

Kebanyakan multivitamin kehamilan memberi anda 100 peratus jumlah kesemua vitamin dan kebanyakan mineral yang penting yang sepatutnya anda ambil setiap hari. 

Jangan ambil lebih daripada dos yang dicadangkan, iaitu biasanya sebiji sehari. Pengambilan vitamin tertentu pada dos yang berlebihan boleh memudaratkan anda dan bayi. 

Multivitamin kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, yang mana jika diambil pada dos yang tinggi boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Jika ia mengandungi vitamin A sekalipun, ia adalah daripada sumber tumbuhan. Ini dipanggil betakarotin dan ia selamat untuk bayi. 

Jika anda memilih untuk mengambil multivitamin dan suplemen mineral harian semasa hamil, pastikan ia mengandungi vitamin-vitamin yang penting kepada kehamilan. 

Anda harus ambil 400mcg asid folik setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Walaupun jika anda tidak mengambil multivitamin, ambillah suplemen yang satu ini semasa trimester pertama. 

Selain mengambil asid folik, anda juga harus makan banyak makanan yang mengandungi folat, iaitu asid folik dalam bentuk semula jadi. Folat terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan kekacang. Banyak roti dan bijirin sarapan juga ditambah dengan asid folik. 


Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak. 

Dalam beberapa kes, dos asid folik yang tinggi adalah disyorkan. Jika anda sudahpun mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural, atau jika anda mengambil ubat-ubat tertentu, beritahulah doktor anda. Beliau boleh memberikan dos yang lebih tinggi kepada anda. 

Apakah suplemen lain yang saya mungkin perlu semasa hamil?

Anda akan menjalani ujian darah semasa hamil, yang mana akan menunjukkan samada kandungan zat besi anda mencukupi atau tidak. Jika doktor mendapati kandungan zat besi anda terlalu rendah (anemia), beliau mungkin memberikan suplemen zat besi. 

Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. 


Badan anda akan membantu anda mendapatkan lebih zat besi yang diperlukan. Ia membuat penyesuaian untuk membantu anda menyerap lebih zat besi daripada makanan semasa anda hamil. Oleh itu, cubalah makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang. 

Di manakah saya boleh mendapatkan multivitamin pranatal?

Anda boleh membeli suplemen pranatal di farmasi, pasar raya dan kedai dalam talian. Doktor anda akan mengesyorkan suplemen kepada anda jika beliau berpendapat anda memerlukannya atas sebab-sebab kesihatan. 

Sebelum membeli suplemen pranatal, baca labelnya dan pastikan anda faham apa kandungan setiap suplemen itu. 

Vitamin Shaklee untuk Anda yang Hamil


TRIMESTER 1 (1-3 Bulan)

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Membantu ibu untuk menstabilkan bacaan hb.
2) Sustained Release Vita-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
3) B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Selain itu, untuk mambantu mengurangkan morning sickness ibu hamil pada trimester 1.
4) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

TRIMESTER 2 & 3 (4-9 Bulan)

5) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
_______________________________

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Boleh dapatkan produk SHAKLEE dengan harga runcit disini.
Boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk harga yang lebih berbaloi-baloi.





0 comments:

Post a Comment