Showing posts with label Set G6PD. Show all posts
Showing posts with label Set G6PD. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

Set G6PD Shaklee Terbaik

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Set apa yang sesuai untuk pesakit G6PD??




BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU?

Set Basic Breastfeeding yang disyorkan sebelum ni mengandungi ESP dan Alfalfa. tetapi bagi ibu - ibu yang menyusukan baby mengidap G6PD ni boleh bertukar ke SET KHAS iaitu SET EU-FOUR - PACK yang mengandungi Ostematrix, Vitamin C, Vitamin B-Complex dan Vita - Lea.

Ada sesetengah baby yang mengidap G6PD alah kepada ESP dan Alfalfa. Namun, ia bergantung kepada badan seseorang. 


B COMPLEX
  • B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik.
  • Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.
  • Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik.
  • Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
  • Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
  • Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

VITA C
  • Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
  • Menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C
  • Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

VITA LEA- MULTIVITAMIN
  • Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
  • Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
  • Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
  • Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

OSTEMATRIX
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan, sakit-sakit badan serta lenguh-lenguh badan.
  • Memberi sumber kalsium yang mencukupi kepada ibu-ibu dan juga anak yang disusui..
  • Kalsium, magnesium dan vitamin D juga membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibi-ibu yang menyusui anak G6PD untuk mendapatkan makanan tambahan yang sesuai untuk mereka. Sila beritahu pengedar Shaklee bahawa anda mempunyai anak G6PD agar tidak berlaku kesilapan dalam memilih makanan tambahan.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Setiap pembelian akan disertakan dengan special ebook percuma.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391.

Rawat Penyakit G6PD Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Sambungan dari entry semalam, kali ni adrina nak share lagi mengenai G6PD.





S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)? 

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD. 


G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) juga ditakrifkan sebagai suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan. 

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD? 

Tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai 
  •  Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
  •  Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
  •  Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
  •  Letih / lesu dan tidak bermaya
  •  Demam
Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. 

Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah memakan bahan-bahan pengoksida seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis. Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis. Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.

S3 : Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?

Hemoglobin akan berkurangan apabila hemolisis berlaku dan tahap bilirubin tak konjugat(unconjugated.indirect SB) akan meningkat. Pemeriksaan hemoglobin dalam urin juga positif jika terdapat hemolisis akut.

Apabila pesakit mengalami hemolisis akut, ujian G6PD selalunya menunjukkan tiada defisiensi walaupun G6PD berkurangan dalam seseorang pesakit. Oleh itu, ujian G6PD patut dilakukan sebagai ujian penyaringan dalam semua bayi yang baru lahir atau ke atas pengidap penyakit apabila mereka sihat dan tidak mengalami hemolisis. 
Pengiraan retikulosit juga akan meningkat dalam hemolisis akut yang melibatkan defisiensi G6PD. 

S4 : Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD? 

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan

1. Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.

2. Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan.

3. Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

S5 : Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?

G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

S6 : Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?

Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital? 
Dinegara Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kita berpendapat bahawa sekiranya bayi lebih daripada 2.0kg, tidak jaundis dan kami puashati dengan keupayaan ibubapa maka seseorang ibu boleh membawa bayinya pulang selepas 10 hari. 

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD (S1-S3). Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doctor dengan serta-merta.

S7 : Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD? 

Memang boleh. Ibu yang menyusu tidak harusnya makan ubat yang disenaraikan di bawah.

Professor Dr Zulkifli Ismail
Dr Iean Hamzah Sendut 

Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap kekurangan g6pd:
  • Primaquine 
  • Chloroquine 
  • Quinine 
  • Sulfanilamide 
  • Sulphacetamide 
  • Sulphapyridine 
  • Sulphamethoxazole (Bactrim) 
  • Dapsone 
  • Nitrofurantoin 
  • Ciprofloxacin 
  • Methylene Blue 
  • Nalidixic Acid 
  • Napthalene ( Moth balls)* 

Avoid all Chinese and Malay medications 

*For the first 3 weeks of life, do not use clothes exposed to mothballs.

Info tambahan

Seharusnya elakkan daripada makan makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Lain-Lain yang perlu dielakkan:
  •  Fava Bean (jenis kacang parang)
  •  Naphtalene (Ubat Gegat)
  •  Ubat tradisional
  •  Parabenecid
  •  Dimercaprol
  •  Dapsone
  •  Procainamide
  •  Para-Aminobenzoic Acid
  •  Silver Sulphadiazine Cream
  •  Methylene Blue
Ubat untuk Merawat Malaria: 
  •  Choroquine
  •  Hydroxycloroquine
  •  Primarquine
  •  Pamaquine
  •  Quinine
  •  Mepacrine (Quinacrine)
Ubat Penahan Sakit:
  •  Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
  •  Phenacetin (Acetophenetidin)
  •  Aminopyrine (Amidopyrine)
Ubat Antibiotik:
  •  Chloramphenicol
  •  Cotrimoxazole (Bactrim)
  •  Furazolidine
  •  Nalidixic Acid
  •  Nitrofurantoin
  •  Nitrofurazone
  •  Para-Aminosalicy Acid
  •  Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
  •  Sulfapyridine
  •  Sulfasalazine
Kekurangan (deficiency) G6PD adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD. Ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. 

Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan ataupun makanan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. 

Vitamin Shaklee Untuk Pesakit G6PD


So, jika baby anda ada mengalami G6PD, anda tak perlu risau. Boleh ke saya makan Set BF Shaklee ni?Jawapannya....SUDAH TENTU BOLEH!!Kerana Shaklee adalah 100% semulajadi dan 100% halal!

Set Basic Breastfeeding yang adrina syorkan sebelum ni mengandungi ESP dan Alfalfa. tetapi bagi ibu - ibu yang menyusukan baby mengidap G6PD ni boleh bertukar ke SET KHAS iaitu SET EU-FOUR - PACK yang mengandungi Ostematrix, Vitamin C, Vitamin B-Complex dan Vita - Lea.

Ada sesetengah baby yang mengidap G6PD alah kepada ESP dan Alfalfa. Namun, ia bergantung kepada badan seseorang. Oleh itu, untuk lebih selamat saya syorkan Set ni

PERHATIAN:

Ibu yang menyusukan baby dengan kekurangan G6PD tidak boleh mengambil Alfalfa. Sebagai alternatif boleh mengambil ESP Ostematrix ATAU Eu Four Pack bagi tujuan membantu penyusuan.


Testimoni






Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Setiap pembelian akan disertakan dengan special ebook percuma.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391.

Wednesday, March 25, 2015

Apa itu Penyakit G6PD??


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Harini ade cust tanye pasal G6PD 



Pengenalan

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Akibat daripada hemolisis

  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan



Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah di atas).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

==============================

Nak order Shaklee?? Adrina pos kan untuk anda! Setiap pembelian akan diberikan special ebook untuk anda.Boleh whatsapp 

Adrina 019-9673391