Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Kali ni adrina nak share TIPS HILANGKAN JERAGAT. Tapi sebelum tu kita kenali dulu apa itu jeragat..
Jeragat atau hyperpigmentation atau nama medikalnya Melasma adalah masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia.
Jeragat akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat atau hitam di muka. Ia mungkin akan kelihatan pada pipi, dahi, dagu dan juga disekitar hidung. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan
Kenapa melasma (jeragat) boleh terjadi?
1. Kerap berada di bawah cahaya matahari terik (UV matahari)
2. Ketidakseimbangan hormon disebabkan mengandung/menopaus ataupun ambil pil perancang
3. Penggunaan makeup, kosmetik atau rawatan kulit yang tidak sesuai
4. Faktor keturunan.
"Faktor keturunan biasanya disebabkan oleh hiper cheratosis iaitu sel dalam liang
yang menghasilkan lebih banyak sel berbanding biasa”
5. Stres atau tidak cukup tidur
Petua Tradisional Hilangkan Jeragat
Anda boleh cuba rawatan atau petua-petua tradisional seperti berikut :
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan pada jeragat. Biarkannya sekejap dan bilas sampai bersih (tempoh masa5 minit pun sudah cukup) dengan air suam.
Petua 2 : Rendamkan tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda. Tunggu sehingga tisu kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka seperti biasa.
Petua 3 : Gosokkan sireh muda yang disimpan dalam peti sejuk semalaman di tempat-tempat yang ada jeragat.
Petua 4 : Buat scrub spesel sendiri. Ambil sedikit daun betik, segenggam beras (yang telah direndamkan semalaman), air dan sedikit kulit kayu manis dan ditumbuk lumat atau kisar halus. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan ia kering. Kemudiannya, lembabkan muka (boleh spraykan sedikit air kat muka), gosok dan kemudiannya bilas hingga bersih.
Petua 5 : Gosokkan muka dengan hampas kelapa. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit. Dan bilas.
Insyaallah jika diamalkan selalu, jeragat akan kian hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
Bagaimana SHAKLEE membantu anda MASALAH JERAGAT?
Senarai vitamin dan produk Shaklee yang bagus untuk kulit berjeragat:
- Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 - untuk lindungi kulit dari sinar uv waktu siang hari.
- Nutriwhite Spot Whitening Treatment untuk kurangkan warna coklat jeragat.
B complex : penting untuk kestabilan hormon. Dapatkan secara tidak langsung mengurangkan stres yang menyebabkan terjadinya muka berjerawat dan jeragat.
Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasidan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.
Vitamin E : juga terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dandapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.
ESP (Protein) : sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit matidan kekerapan kejadian jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sukar dihilangkan. Akan tetapi insyaallah dengan mencukupkan kandungan protein dalam badan, dapatlah sel-sel baru dihasilkan sebelum kesan jeragat baru terjadi.
Carotomax : dapat meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne.
GLA Complex : dapat melambatkan menopaus dan melegakan simpton menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tona kulit yang sekata dan justeru kulit tampak lebih muda.
Collagen Powder: Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit (dan rambut, kuku, otot, tulang, sendi, mata, saluran darah dan sebagainya). Semakin meningkat usia kita, semakin lambat badan kita hasilkan kolagen, jadi kita boleh mengambil kolagen tambahan untuk mengekalkan dan “melambatkan” penuaan wajah.
Dan jangan lupa banyakkan minum air kosong, sebab:
Air adalah paling penting dalam usaha kita mencantikkan wajah. Kita perlu sentiasa memastikan kandungan air dalam badan adalah mencukupi. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat atau jeragat mudah terhasil.Kekurangan air juga boleh menyebabkan kulit yang kering, kusam dan seterusnya menjadi bermasalah.Pastikan anda meminum 2-3Liter air setiap hari. Jika selalu terlupa untuk meminum air sebanyak 2-3Liter, boleh cuba minum Performance Drink Shaklee untuk memastikan anda sentiasa terhidrat!
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
Boleh hubungi or whatsapp
Adrina 019-9673391.
0 comments:
Post a Comment