Entri kali ni adrina nak cerita pasal FIBROID... Penah dengar apa itu fibroid??
APA SUPPLIMENT TERBAIK SHAKLEE UNTUK FIBROID?? Jom kita baca...kasik abes ye bace ;)
APA ITU FIBROID?
-Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.
-Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
-Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.
-Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.
-Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.
-Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
APAKAH PUNCA FIBROID
Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita.
Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid.
Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.
GEJALA
GEJALA
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.
APA KATA PAKAR??
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.
``Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,'' ujarnya.
Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.
Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!
Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.
Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.
WAKTU SESUAI MERAWAT FIBROID
``Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
``Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.
Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.
Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.
``Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.
contoh saiz fibroid:
NASIHAT PAKAR
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.
KECUTKAN KEWUJUDAN FIBROID DENGAN SHAKLEE: GLA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU
- GLA shaklee dapat membantu masalah hormon
- GLA merupakan sejenis asid lemak Omega 6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin- bahan berkesan merupakan hormon yg membantu badan mengawalatur proses badan yg normal.
- Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid omega 6 .Ia mengandungi vitamin E yg membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel..
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
- Meningkatkan kesuburan.
- Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
- Membantu dalam menangani menopause.
- Menguatkan kuku & rambut.
- Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
- Membantu menangani ekzema.
- Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
- Menguatkn immuniti badan.
- Mempelahankn process penuaan.
- Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
- Mengawal kencing manis
- Mengawal kolesterol.
- Bagus untuk saraf.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.
Jom kita tengok Testimoni yang telah berpuas hati dengan GLA COMPLEX:
Jom kita tengok Testimoni yang telah berpuas hati dengan GLA COMPLEX:
===============================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?
Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿
Jika nak Adrina COD area PUCHONG, SRI KEMBANGAN, USJ, SHAH ALAM, BANDAR KINRARA, PUTRA HEIGHT boleh hubungi Adrina untuk temujanji.
Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI?
Harga lebih jimat dengan pulangan BONUS yang sangat menguntungkan setiap bulan!
Harga lebih jimat dengan pulangan BONUS yang sangat menguntungkan setiap bulan!
0 comments:
Post a Comment