Assalammualaikum &
Hai
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok
yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.
Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.
Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih
daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan
340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut
Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia
mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana
sakit.
Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah
kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.
Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos
perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.
``Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan
memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.
``Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka
yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang
berkaitan dengan masalah pernafasan,'' katanya.
Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau
khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko
asma kecuali ikan.
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah
penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan
dapat mengurangkan serangannya.
``Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak
Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).
``Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak,
serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya.
Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti
tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.
Untuk memudahkan kanak-kanak mendapat khasiat Omega 3 ini, pakar dari Herbal
Science Sd. Bhd., Dr. Tan Boon Leong telah mencipta formula untuk
menghasilkannya dalam bentuk pil.
Diperbuat daripada minyak ikan Tuna farmasi dari Australia, Altima yang
berperisa oren telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan
diperkenalkan di pasaran sejak Januari lalu.
Tanpa rasa hanyir, pil minyak ikan Tuna Altima sesuai untuk menjauhkan
kanak-kanak daripada asma terutama mereka yang mengalami masalah alahan.
SUMBER
PUNCA BERLAKU ASTHMA
Alahan dihidu seperti
kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores),
epithelials binatang peliharaan
- Udara sejuk
- Senaman
- Jangkitan sistem pernafasan
- Tekanan emosi
- Aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan
satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.
SIMPTOM
- Pernafasan bersiul atau berbunyi
- Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernis
- Sesak nafas
- Sesak dan sakit atau tekanan yang berat diatas dada
BAGAIMANA OMEGA 3
MEMBANTU?
-Antara ubat yg biasa dicadangkan oleh doktor untuk merawat asma/asthma adalah steroid. Tapi kita tahu steroid memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
-Antara ubat yg biasa dicadangkan oleh doktor untuk merawat asma/asthma adalah steroid. Tapi kita tahu steroid memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
-Untuk pengetahuan semua, kandungan omega 3 mampu bertindak seperti
steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan seperti mana
steroid.
-Bonus kepada ibu
menyusu kerana kandungan DHA dalam Omega Guard disalurkan kepada anak (DHA
baik utk otak anak).
-Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.
-Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.
===============================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?
Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿
Jika nak Adrina COD area PUCHONG, SRI KEMBANGAN, USJ, SHAH ALAM, BANDAR KINRARA, PUTRA HEIGHT boleh hubungi Adrina untuk temujanji.
Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI?
Harga lebih jimat dengan pulangan BONUS yang sangat menguntungkan setiap bulan!
Harga lebih jimat dengan pulangan BONUS yang sangat menguntungkan setiap bulan!
0 comments:
Post a Comment