Showing posts with label Set Tambah Darah. Show all posts
Showing posts with label Set Tambah Darah. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Kenapa Ibu Hamil Darah Rendah??

Assalamualaikum. Jom kali ni nak share Darah Rendah ketika hamil..


Tekanan darah anda akan diperiksa setiap kali temu janji antenatal anda. Doktor akan memantau tekanan darah anda untuk memastikan ia berada pada tahap yang sihat.

Bagaimanakah tekanan darah saya berubah semasa hamil?

Tekanan darah anda akan berubah sedikit ketika anda hamil. Perkara ini adalah normal. Hormon kehamilan, progesteron, mengendurkan dinding salur darah anda. Ini boleh menyebabkan tekanan darah anda turun semasa trimester pertama dan kedua. Tekanan darah yang menurun ini mungking membuatkan anda rasa hendak pitam jika ana berdiri terlalu lama atau bangun terlalu cepat.


Tekanan darah anda berada pada tahap paling rendah ketika anda di antara minggu ke-18 dan ke-20 kehamilan. Menjelang waktu ini, badan anda telahpun menghasilkan satu liter darah tambahan yang harus dipam oleh jantung ke seluruh badan. Tekanan darah akan kembali ke tahap sebelum kehamilan dalam beberapa minggu sebelum bayi anda lahir.


Bagaimanakah cara tekanan darah saya diukur?

Doktor, jururawat atau bidan akan menggunakan satu mesin kecil yang dipanggil sphygmomanometer untuk mengukur dan merekodkan tekanan darah anda. ini berlaku pada setiap temu janji antenatal anda.


Anda perlu duduk dan melonggarkan sebarang pakaian pada lengan anda. Doktor, jururawat atau bidan akan membalut lengan anda pada bahagian atas siku dengan kaf dan mengepam udara ke dalamnya.

Kaf tersebut akan mengembang dan menghentikan sebentar aliran darah ke dalam salur darah utama pada lengan anda. Lengan anda akan rasa ketat sedikit, tetapi ia sepatutnya tidak menyakitkan. Kemudian, udara dalam kaf tersebut akan dibebaskan secara perlahan-lahan. Kaf ini bersambung dengan sphygmomanometer yang mengira tekanan darah, dan bacaan ini akan direkodkan oleh doktor, jururawat atau bidan yang membantu anda.


Bacaan ini mempunyai dua nombor yang kelihatan seperti pecahan, contohnya, 110/70. Nombor pertama, atau nombor di atas, menunjukkan tekanan darah anda ketika jantung ana berdegup dan menolak darah ke seluruh badan (tekanan darah sistolik). Nombor kedua, atau nombor di bawah, ialah tekanan darah anda apabila jantung anda berehat di antara degupan (diastolik).

Apa yang normal bagi anda mungkin berbeza bagi bakal ibu yang lain. Oleh itu, tidak perlulah anda membandingkan bacaannya. Purata julat tekanan darah jika anda sihat ialah di antara 110/70 dan 120/80, namun ianya sangat berbeza semasa hamil.

Doktor anda hanya akan bimbang jika tekanan darah ana meningkat lebih daripada 140/90. Doktor biasanya akan mengambil bacaan sekali lagi untuk memastikannya, kerana bacaan pertama yang tinggi mungkin tidak tepat.

Mengapakah tekanan darah saya diukur?

Doktor akan mengukur tekanan darah anda kerana ia adalah sebahagian penting daripada penjagaan kesihatan anda. Beliau akan memerhatikan tanda-tanda praeklampsia, terutamanya pada penghujung kehamilan. Di samping mengambil tekanan darah, doktor juga akan menguji air kencing anda. Protein dalam air kencing dan tekanan darah yang tinggi kedua-uanya adalah tanda-tanda praeklampsia.


Tekanan darah tinggi mempunyai beberapa nama, bergantung kepada tahap kehamilan anda ketika anda mengalaminya:

Sebelum 20 minggu kehamilan, jika anda mendapat tekanan darah tinggi, ia dipanggil hipertensi penting. Ini bermakna, anda mungkin telahpun mengalami tekanan darah tinggi sebelum anda hamil. Ini juga dipanggil tekanan darah tinggi prakewujudan. Anda hanya akan tahu dengan pasti mengenainya jika tekanan darah anda kekal tinggi selepas bayi anda lahir.

Selepas 20 minggu, tekanan darah tinggi dipanggi hipertensi gestasi. Ini adalah panggilan bagi tekanan darah tinggi yang terjadi semasa kehamilan. Hipertensi gestasi biasanya bukanlah satu masalah. Tekanan darah anda akan diperiksa beberapa kali. Jika tekanan darah anda naik terlalu tinggi, anda mungkin dinasihatkan mengambil ubat untuk mengawalnya. Lebih awal hipertensi berlaku, lebih besar kemungkinan tekanan darah anda naik hingga ke tahap di mana anda memerlukan ubat untuk mengawalnya.

Menghidap hipertensi sedia ada ataupun hipertensi gestasi bermakna anda lebih berkemungkinan mendapat praeklampsia. Doktor anda akan menerangkan kepada anda simptom-simptom yang perlu anda awasi. Hubungi doktor anda serta-merta jika anda rasa tidak sihat di antara temu janji antenatal. Kadang-kala, praeklampsia boleh berlaku dengan cepat.

Adakah tekanan darah saya akan turun selepas bersalin?

Jika anda mendapat tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan, besar kemungkinan ia akan turun ke tahap normal selepas anda bersalin, tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa minggu.


Tekanan darah anda akan diperiksa sekurang-kurangnya sekali dalam masa enam jam selepas anda bersalin. Selepas itu, jika anda menghidap hipertensi gestasi, anda mungkin perlu memeriksanya kira-kira setiap empat jam. Jika tekanan darah anda kekal tinggi, anda mungkin perlu mengambil ubat untuk mengawalnya selama beberapa bulan selepas anda bersalin.

Jika anda sudahpun mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil, anda mungkin perlu mengambil ubat. Ini kerana, tekanan darah anda kemungkinan besar tidak akan turun selepas anda bersalin. Mempunyai tekanan darah yang tinggi selama bertahun-tahun meningkatkan risiko anda mengalami masalah jantung dan mendapat strok di kemudian hari.

____________________________________

Boleh dapatkan SET TAMBAH DARAH SHAKLEE. Jima takmau ambil banyak-banyak suplement, boleh ambil VITALEA sahaja...


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Boleh dapatkan produk SHAKLEE dengan harga runcit disini.
Boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk harga yang lebih berbaloi-baloi.



Rawatan untuk Darah Rendah bagi Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan hi. Setiap kali check up baby mesti nurse pesan "Adrina..HB awak ni makin rendah ni..." alamaakk! risauunyeee.....Terus call upline order VITALEA SHAKLEE...hihi 

Orang cakap makan hati, kerang dan ape tah lagi..tapi tekak nie tengah pregnant macam xde selera pulak nak makan hati kerang semua tu..hehe demand ok. baby tak mo. no no no. haha

So, harini nak share suplement terbaik Shaklee untuk tambah darah. Actually ibu mengandung yang takmau amek banyak-banyak suplement, boleh jee ambil VITALEA sahaja pun dah memadai. hihi

SET TAMBAH DARAH SHAKLEE



1) Vita-Lea with Iron Formula
  • Kenapa Iron penting untuk tambah darah?
  • Perlu difahami bahawa masalah low HB/Anemia?kurang darah adalah disebabkan oleh kegagalan badan membentuk sel darah merah. Pembentukan sel darah merah memerlukan oksigen. Oksigen memerlukan agen pengangkut dan pengangkut oksigen dalam darah ialah Iron!!
  • Tanpa agen pengangkut, oksigen tidak dapat dibekalkan untuk pembentukan sel darah merah yang menyebabkan anemia yang akhirnya pada tahap tertentu boleh mengancam nyawa.
2) B-Complex with Folic Asid
  • Tambahan dos B-12 dan asid folik dalam nutrisi harian.
  • Vitamin B-12 merupakan vitamin terpenting untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang sihat dan sempurna.
  • Asid folik pula untuk pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel yang sempurna.
  • Kenapa perlu B-Complex sedangkan hanya B-12 dan asid folik (B9) yang diperlukan untuk mengatasi masalah anemia?
  • Perlu difahami bahawa setiap vitamin B, terutama 8 vitamin terpenting dalam B-Complex saling menyokong fumgsi utama satu sama lain. Adalah penting untuk mengambil kesemua 8 vitamin B untuk keseimbangan fungsi dalam badan.
3) Sustained Release Vitamin C
  • Membantu penyerapan zat besi, asid folik & B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya mensia-siakan pengambilan vitamin tambah darah. Lengkapkan kesemua keperluan untuk memastikan penyembuhan menyeluruh.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

Boleh dapatkan produk SHAKLEE dengan harga runcit disini.
Boleh whatsapp Adrina 019-9673391 untuk harga yang lebih berbaloi-baloi.



Monday, December 1, 2014

Vitamin Pesakit Anemia (Kurang Darah)

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: 
Set Anemia (Kurang Darah)

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta.Adrina nak share penyakit ANEMIA. jom!

Perkataan anemia ni asal usulnya berasal dari bahasa Greek yg bermaksud "tiada darah".. Dan Anemia ni merujuk kepada keadaan dimana kadar hemoglobin(hb) kurang dari normal.. Anemia ni tak sama yer dengan lowblood pressure (kadar tekanan rendah).


Hb adalah salah satu dari komponen darah atau lebih tepat lagi,Hb adalah protein yg membawa oksigen di dalam sel darah merah..Ia harus ada utk memastikan pengoksigenan yg mencukup bagi semua tisu dan organ...

Jadi dlm erti kata lain..jika kadar hb adalah kurang ..ia sekaligus mengurangkan keupayaan darah utk memindahkan oksigen ke tisu tisu..dan kita pun tahu kan yang semua sel manusia bergantung pada oksigen utk hidup... jadi masalah anemia akan menimbulkan plbagai masalah badan..



Tanda-tanda ANEMIA
  • Pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. 
  • Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. 
  • Pendek nafas apabila melakukan senaman.. 
  • Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
  • Kurang selera makan dan kehilangan berat badan.
  • Sukar untuk berjalan; dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
Ini semua adalah tanda2 biasa anda mengidap anemia..Namun untuk memastikan dgn lebih pasti lagi...anda perlu melalui ujian darah.

Punca ANEMIA
  • Salah satu punca anemia adalah kekurangan nutrisi..dlm erti kata lain..bdn kekurangan zat besi,asid folik, B12 utk mengasilkan sel darah merah..
  • Punca anemia yang lain adalah seperti kehilangan darah yg banyak(mungkin akibat accident,tumpah darah,etc)..
Bagaimana SHAKLEE membantu pesakit ANEMIA?




1) Vita-lea Iron Formula:
Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi 

2) B Complex (lengkap dgn asid folik):
Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu dlm penghasilan sel darah merah 

3) Vita C 500mg sustained Release:
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dgn lebih efisien 

Jadi, apa tunggu lagi, boleh dapatkan SET TAMBAH DARAH ni dengan adrina ye. setiap pembelian akan diberikan EBOOK. dengan konsultasi terbaik. jom pm adrina =)


=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION 
✿ FREE SPECIAL e-Book 

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿