Showing posts with label Set Period Tak Teratur. Show all posts
Showing posts with label Set Period Tak Teratur. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Hormon tak Stabil

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG:

Simptom ketidakseimbangan hormon

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Adrina nak share entry kali ni khas untuk mereka yang kekadang hormon dia tak stabil..period lambat..jom layan...




Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Namum begitu, simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.

Simptom Ketidakseimbangan Hormon:
  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Sukar hamil
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut
Bagaimanakah ketidakseimbangan hormon terjadi?

Badan wanita mengalami kitaran haid secara puratanya sebulan sekali. Estrogen hanya dirembeskan dalam hari ke10-12 kitaran haid. Jika pengovulan berlaku, maka progesteron akan dirembeskan oleh ovari. 


Pada hari ke-28, aras kedua-kedua hormon tersebut akan menurun dan mengakibatkan pendarahan. Akan tetapi, jika pengovulan tidak terjadi, pendarahan masih akan berlaku tetapi aras estrogen tidak akan diimbangi oleh progesteron. 


Ini menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan hormon, yakni tubuh badan mempunyai aras estrogen yang mencukupi tetapi kekurangan progesteron.

Kebanyakan masalah kesihatan berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon adalah disebabkan ketidakseimbangan estrogen dan progesterone dalam badan. Sebarang perbezaan ketara di antara dua hormon ini akan mengakibatkan kesan dramatik pada kesihatan. 



Bagaimanapun, jumlah hormon yang dihasilkan berbeza setiap bulan bergantung kepada nutrisi, pencemaran, tekanan dan ovulasi yang kurang.

Justeru, pemakanan dan pencemaran adalah dua penyumbang utama, yang bertindak seperti bahan kimia tiruan / menyamar sebagai estrogen. Bahan ini mempengaruhi tahap keseimbangan hormon semulajadi badan. 


Unsur-unsur seperti bahan kimia industri dalam makanan, udara, air, logam-logam berat, pengambilan pil pencegah kehamilan, penggunaan estrogen sintetik HRT (Hormone Replacement Therapy), racun tumbuh-tumbuhan, racun serangga perosak, plastik, dan pelbagai jenis racun lain, estrogen tiruan yang masuk ke dalam sistem badan. 


Kesemua faktor ini menyumbang kepada bertambahnya tahap estrogen, hingga berlebihan dan wujudnya tanda-tanda ketidakseimbangan hormon.

Fakta Berkenaan Estrogen:
  • Merupakan hormon kewanitaan yang dirembes oleh ovari. Akan tetapi, sebahagian kecilnya juga disimpan dalam sel lemak.
  • Merupakan hormon yang mengawal kitaran haid.
  • Memainkan peranan penting dalam perkembangan seks.
  • Membantu menyediakan rahim untuk kehamilan.
  • Mempengaruhi sel tubuh.
  • Arasnya menurun dengan peningkatan umur.
  • Membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan serangan sakit jantung.
  • Memperbaiki kulit, mengurangkan kekeringan faraj dan awet muda.
Kunci di dalam keseimbangan hormon adalah keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron, di mana penghasilan progesteron menjadi semakin sangat berkurangan jika dibandingkan dengan estrogen. 



Kekurangan progesteron berbanding estrogen ini menyebabkan berbagai masalah berlaku. Bukan wanita sahaja yang mengalami masalah ini, bahkan lelaki juga. Ini kerana hormon progesteron dan estrogen juga penting di dalam kesihatan kaum lelaki.

Bagi wanita yang sudah menghampiri menopause dan telah menopause... Menurut Dr. John Lee melalui bukunya 'What Your Doctor May Not Tell You About Menopause', di antara gejala-gejala dominan estrogen atau hormon tidak seimbang ini ialah seperti:


1. Alergi termasuk asma, ruam, resdung
2. Kekeringan serviks
3. Sejuk kaki dan tangan akibat lemah fungsi tiroid
4. Berkurangan libido (keinginan seksual)
5. Kemurungan beserta kebimbangan
6. Kekeringan mata
7. Mendapat haid lebih cepat
8. Kegemukan di bahagian perut, paha dan punggung
9. Keletihan
10. Daya tumpuan menjadi kurang
11. Keguguran rambut
12. Sakit kepala
13. Kitaran haid tidak teratur
14. Insomnia
15. Perasaan tidak menentu
16. Osteoporosis
17. Kadar metabolisme rendah
18. Fibroid uterin dan bermacam-macam lagi

Ada sesetengah mereka yang hormon tidak seimbang pernah mengamalkn EPO utk masalah hormon tidak seimbang. 



Tetapi, tahukah anda, GLA (Gamma Linoleic Acid) Complex Shaklee lebih menyeluruh fungsinya berbanding EPO. 

Klik Sini Untuk maklumat lanjut tentang GLA Complex:


Boleh pm adrina ye. pemberian ebook dari adrina dengan setiap pembelian =)

=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================

***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65. RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿

Monday, November 10, 2014

Period (Haid) Tak Teratur

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: 
Period Tak Teratur?


Assalamualaikum dan salam vitamin cinta, harini adrina nak share masalah yang selalu jadi kat kaum hawa ni iaitu haid tidak teratur! 

Setiap kaum hawa mesti akan risau bila tarikh yang sepatutnya period (haid) tapi tak datang period kan? ataupun datang tapi lambat, dan tak datang2!! mesti risau tahap ape tah rasa kan. jom kita layan info haid kaum hawa.



Haid tidak teratur:

Masalah haid tidak teratur sering melanda kepada kebanyakan kaum wanita sama ada baru berkahwin, sudah lama berkahwin, sudah mempunyai anak dan merancang untuk hamil lagi atau yang masih gadis sunti. Walaupun nampak remeh tapi ia akan menjadi serius jika wanita berkahwin ingin hamil. 

Jika dibiarkan ia akan menyebabkan sistem pembiakan kurang subur. Salah satu daripada punca kitaran haid yang tidak teratur ialah ketidakstabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda.

Dibawah merupakan 10 punca kenapa haid tidak teratur:

1) Penggunaan Ubat-ubatan
  • Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda.
2) Berlebihan Hormon Prolaktin 

  • Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Complex Shaklee.
3) Menyusukan anak
  • Sekiranya ibu menyusukan anak, kemungkinan besar haid si ibu tidak akan datang. Menyusukan anak boleh mengelakkan berlakunya hamil dalam masa terdekat. Amat bagus untuk merancang jarak anak berikutnya.
4) Masalah tiroid
  • Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
5) Kegemukan
  • Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat. 
6) Terlalu kurus
  • Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap kitaran haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.
7) Tersilap tarikh haid yang terakhir
  • Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.
8) Monopos
  • Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos.. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
9) Perancang keluarga
  • Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.
10) Hamil
  • Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!

Bagaimana SHAKLEE membantu HAID TAK TERATUR??




Untuk atasi masalah haid tidak teratur, adrina cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain..

Adrina turut makan GLA untuk stabilkan hormon dan pada yang sudah berkahwin, GLA adalah salah satu SET KESUBURAN, boleh makan..kira boleh stabilkan hormon sambil plan nak ada anak. Insyallah dengan izinNya.

Baca lagi mengenai GLA COMPLEX.

Testimoni:








Jadi, apa tunggu lagi, boleh dapatkan GLA dengan Adrina ye...best price dan ada special consultation lagi..jom beli. hihi

=====================================
BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE?

Boleh WhatsApp
Adrina 019-9673391
✿ FREE SPECIAL CONSULTATION ✿
✿ FREE SPECIAL e-Book ✿

Adrina akan pos ke alamat ke seluruh Malaysia jika anda di luar kawasan ;)
========================================



***Yuran menjadi ahli Shaklee seumur hidup hanyalah RM65. RM10 dikenakan oleh pihak Shaklee untuk kos penghantaran KIT SHAKLEE ke rumah anda bagi tujuan pengakrifan ID. Tetapi, jika Adrina sendiri COD KIT SHAKLEE untuk ahli baru. Tiada sebarang cas penghantaran dikenakan. Hanya RM65 dan baki akan dipulangkan kepada anda semasa COD jika anda bank in RM75.

✿ TQ. SIHAT BERSAMA VITAMIN CINTA ✿