Thursday, August 20, 2015

Teknik Urutan Bayi Selepas Mandi

Assalamualaikum dan salam vitamin cinta. Kali ni nak share teknik urut bayi selepas mandi. kot kot boleh jadi panduan untuk ibu-ibu di luar sana...atau bakal ibu seperti saya. Kepentingan urutan bayi yang betul akan menenangkan bayi dan dapat elakkan masuk angin dan kembung perut.


Ini antara kebaikan apabila kita melakukan urutan kepada bayi kita. 
  • Menghasilkan ikatan antara ibu bapa dan bayi 
  • Tenang 
  • Bayi rasa disayangi 
  • Membantu bayi tidur dengan nyenyak 
  • Meningkatkan sistem imunisasi bayi 
  • Rangsangan sentuhan 
  • Menyihatkan kulit bayi 
  • Melancarkan sistem pengaliran darah 
  • Membantu sistem penghadaman 
  • Membantu dalam pernafasan 
  • Melegakan kesakitan pada gigi 
  • Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak) 
  • Menenangkan ibu bapa 
  • Membina keyakinan ibu bapa dan bayi 
  • Pengalaman yang menyenangkan 
  • Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut,membantu menenangkan seseorang) 

Ikatan adalah cinta, sambungan, penerimaan, ketenangan, kasih sayang, kegembiraan, empati, kesatuan, kehangatan, keseronokan, komunikasi dan keakraban. Sentuhan adalah elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan, seperti komunikasi, verbal atau non-verbal dan bertentangan mata yang berpanjangan. Urutan pada bayi menyumbangkan segala aspek dalam elemen ikatan ini. 

Ikatan yang lemah mampu menjurus kepada situasi bayi pra matang, komplikasi, kurang sokongan fizikal atau emosi dan juga tekanan selepas bersalin. Dalam hal ini, urutan pada bayi mampu menghasilkan semula ikatan unik ini.

TEKNIK URUTAN BAYI SELEPAS MANDI







Amalkan teknik i love you


Tips lain : untuk elakkan kembung dan angin pada baby, sapu minyak telon ke minyak kayu putih ke or minyak yuyi ke dekat -- ubun-ubun, belakang badan, dada, perut, belakang betis, belakang lutut, ari-ari, tulang belakang, tapak kaki, ibu jari kaki dan tumit baby. 

Gambar : (Sumber Johnson & Johnson) 
Kebaikan mengurut baby : (Sumber anakku sayang)


Nak dapatkan PRODUK Shaklee??

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Boleh hubungi or whatsapp 
Adrina 019-9673391

0 comments:

Post a Comment